Minggu, 31 Juli 2011

Tanda Kiamat: Orang Dungu Menjadi Pemimpin


Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.

Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.

Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu :

Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat). Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi ( Juz 1, bab Asyratuss'ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)

Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata). Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.

Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.

Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?"

Baginda S.A.W menjawab , "Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat"

Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan?

Baginda S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. sudahkah musibah seperti ini terjadi?

Menara Jam Makkah Bersinar, Tanda Awal Ramadan

Menara Jam Makkah Bersinar, Tandai Awal Ramadan

Ada yang berbeza dengan Menara Jam Makkah (Makkah Clock Royal Tower) mulai malam pertama Ramadan nanti. Sebab mulai malam nanti, jam terbesar di dunia ini - lima kali Big Ben - akan memancarkan 16 fail cahaya ke ketinggian 10 km. Cahaya ini merupakan petanda memasuki bulan Ramadan.

Pembesar suara dipasang di puncak menara untuk menyuarakan azan dari Masjidil Haram hingga ke tempat yang jaraknya tujuh kilometer. Lampu-lampu dengan cahaya putih dan hijau berpendar kala azan berkumandang dan boleh dilihat hingga jarak 30 km. Kewujudan lampu ini memudahkan orang-orang yang mempunyai gangguan pendengaran untuk mengetahui waktu solat.

Jam menara berwarna putih dengan penunjuk gelap pada siang hari. Sedangkan pada waktu malam hari penunjuk jam berwana hijau dan putih. Jam ini telah diuji cuba untuk dikendalikan pada awal Ramadan tahun lalu.




Hotel Menara Makkah tempat jam tersebut berada memiliki tinggi 601 meter dengan 805 bilik suite yang menghadap Masjidil Haram. Semua bilik yang ada di hotel ini mempunyai dekorasi interior yang menambah nilai spiritual Ramadan.

"Sejumlah peziarah dari berbagai negara akan melawat menara untuk melihat dari dekat interior menara jam. Oleh kerana itu, ruang Jamuan utama hotel telah disediakan untuk menampung 1,000 tetamu untuk berbuka puasa dan sahur. Menunya adalah makanan dari 15 negara, termasuk hidangan tempatan," kata Pengarah Telekom dan Promosi Perniagaan di Fairmont Raffles Hotels International di Makkah, Khaled Yamaq, seperti dikutip dari arabnews.com, Minggu (31/7/2011). Fairmont adalah pengurus hotel mahal itu.

Tak hanya jam dan hotel yang di siapkan. Meriam yang meletuskan 7 tembakan untuk menandakan awal Ramadan di Arab Saudi juga disiapkan. Meriam akan ditembakkan sepanjang bulan Ramadan untuk mengumumkan waktu berbuka puasa, waktu sahur dan Imsyak.

Meriam ini ditempatkan di puncak bukit tertinggi, yang jauh dari pemukiman di Makkah. Petugas keselamatan khas disiagakan untuk mengurus meriam hingga tembakan terakhirnya, yakni saat Idul Fitri tahun ini. Sepanjang Ramadan total ada 150 tembakan meriam yang akan diletuskan.

Untuk diketahui, di sebahagian negara Islam, meriam ditembakkan untuk mengumumkan awal Ramadan dan waktu berbuka puasa.



Jumat, 29 Juli 2011

Disiplin Ramadan wajar dipertahan


Perspektif Ikim:
Oleh Mohd Noor Omar

Puasa sebagai ibadat tak boleh dipestakan berdasarkan medan pemulihan bermusim

DILEMA prestasi dan pengeluaran yang dihadapi kebanyakan organisasi sepanjang Ramadan tidak dapat dinafikan berlaku. Bermula daripada waktu kerja dipendekkan, mutu kerja kurang memberangsangkan sehinggalah kepada banyak kegiatan pengeluaran biasa ditangguhkan.

Kemungkinan keseluruhan gambaran ini memberi petunjuk bagaimana penyelarasan pembangunan jasmani dan rohani berlaku. Namun dalam kepayahan menerima hakikat bulan latihan ini daripada sudut zahir dan batinnya, akhirnya Syawal menjelma membawa fitrah kepada manusia dan kemanusiaan. Sysawal sebenarnya menguji sejauh mana keberkesanan latihan Ramadan yang dilalui seorang Muslim.

Apabila dikatakan manusia kembali kepada fitrah, maka seluruhnya kehidupan dan sudut pandangannya wajar berada seperti dalam satu garisan lurus dengan hakikat fitrah sebagaimana yang dapat difahami melalui mafhum ayat Allah.

Usaha pemulihan insani sepanjang Ramadan kini berakhir membawa tahap baru pada asal kejadian insan. Inti pati penting yang diberi penekanan ialah bagaimana kita boleh mempertahankan tahap pembangunan rohani ini hingga Ramadan akan datang. Bagaimana meletakkan pertimbangan insan supaya sentiasa fitrahnya bersedia mengabdikan diri kepada Ilahi.


Islam agama menyeluruh dan lengkap. Aturan nilainya tidak bergantung kepada sesuatu tindakan secara khusus tetapi tertakluk kepada amalan manusia dalam kehidupan dikaitkan dengan Allah. Bertindak mengikut Islam ialah bertindak dalam jalinan rangkaian nilai zahiriah dan batiniah dengan perkaitan akidah, muamalah dan akhlak secara serentak.

Jika satu masyarakat mengamalkan muamalah tetapi tidak mengambil erti aqidah dan akhlaknya, dalam keadaan tidak kenal dan beriman dengan penciptanya, maka mereka belum boleh digolongkan dalam masyarakat yang menjadikan pandangan Islam sebagai panduan hidup sebenar. Keimanan menuntut lebih banyak kepada membenarkan dalam hati berbanding pengucapan lisan.

Keghairahan pasaran dan cenderung kebendaan dewasa ini, sudah mengabaikan dan mengaibkan rangkaian ini dengan menjejaskan ketiga-tiga ciri penting. Sandaran utama amalan ialah kepada kebendaan dan mengasingkan perkaitan dengan Allah.

Akibatnya, timbullah masalah lain sama ada berbentuk muamalah atau akhlak walaupun zahir kononnya mencerminkan agama Islam sehinggakan ada yang mengaitkan Islam daripada sudut pandangan yang salah.

Berdasarkan kepada suasana inilah, ummah perlu memahami dan kembali kepada kerangka sebenar pandangan alam Islam bagi mengelak tersasar jauh. Nilai zahir itu adalah bentuk sedangkan kerangka pandangan alam Islam adalah gabungan kedua-duanya secara seiring.

Nilai agama serta pandangan alam Islam semakin terhakis akibat kewahaman umatnya. Nilai yang menjadi harga kepada kemasyarakatan kian terhakis. Manusia di alam syahadah yang tergantung kepada dua nilai iaitu nilai zahiriah dan batiniah semakin hari kian tempang.

Ketidakseimbangan yang berlaku ditokok oleh pandangan batiniah yang makin membuta, maka nilai kerohanian makin dikesampingkan. Umat Islam hanya menjadi buih yang banyak dan tidak memberi makna apa-apa kepada pantai nan luas jika terus dibadai mengikut corak keadaan semasa.

Ramadan yang dianggap sebagai sekolah kepada kemanusiaan tidak boleh hanya dipestakan berdasarkan musim. Kesempatan berada dalam Ramadan disia-siakan begitu saja. Ramadan yang menjadi medan pemulihan tidak dijadikan titik tolak ke arah kebangkitan dan kejayaan ummah.

Penekanan diberikan dalam pembangunan modal insan negara lebih kepada muamalah berbanding unsur akidah. Nisbah akhlak hanya pada muamalah, bukannya pada akidah. Kerana itu, soal akidah makin dianggap mempunyai ‘sensitiviti’ bangsa.

Suasana ini boleh menjejaskan muamalah dan akhlak walaupun berjaya dibentuk kelak. Jika diperhalusi, unsur akidah adalah asas kepada perkembangan muamalah dan akhlak. Kesilapan sebegini sering wujud dalam masyarakat yang diganjakkan oleh perubahan kebendaan kepada kerohanian.

Walaupun langkah penerapan unsur kerohanian di Malaysia berlaku, ummah perlu cepat sedar mengenai pengabaian yang kelak akan memberi kesan sampingan iaitu lahirnya kelompok masyarakat yang memegang bentuk pelbagai dan bercanggahan sesama mereka.

Tambahan pula, tanpa kesedaran daripada akidah yang benar akan menyukarkan perkembangan muamalah dan akhlak.

Masalah lain yang melanda ummah sekarang ialah melihat yang benar sebagai palsu dan melihat yang palsu itu sebagai benar. Kebimbangan ini pernah dibandingkan di dalam buku Islam dan Sekularisme oleh Prof S M Naquib al-Attas iaitu kekeliruan dalam faham keilmuan.

Jelas sekali, kebendaan yang menyerang bukan saja memalsukan yang benar malah menjadikan aturan keutamaan hidup berada di dalam ketidaktentuan. Masyarakat lebih rela bermusuhan kerana menegakkan bentuk masing-masing tanpa mempedulikan kerangka sebenar agama dan pandangan alam Islam.

Mungkin ramai menganggap Ramadan bermusim. Sebenarnya pandangan itu salah sama sekali. Musim maknanya akan berlaku pengulangan. Berbeza dengan Ramadan yang kita lalui, ia tidak akan berulang lagi.

Cendekiawan Islam dalam menggambarkan kefahaman berkenaan masa, menganggap bahawa manusia seolah-olah berada di dalam gerabak kereta api, manakala apa yang dilalui dalam kehidupan kita adalah perhentian demi perhentian yang kita tinggalkan. Kita tidak akan dapat lagi melalui perhentian Ramadan yang sudah ditinggalkan. Apa yang boleh dibawa adalah bekal nilai dan harganya bersama.

Saranan utama Islam supaya menjaga silaturahim kian terpinggir kerana masing-masing mengakui mereka lebih Islam daripada orang lain. Apa yang menjadi keutamaan, yang nampak pada mata serta apa yang ingin ditunjukkan, bukan lagi dasar nilai yang dijadikan pegangan.

Syawal, sama seperti Ramadan juga dipestakan oleh umat Islam. Bulan raya ini akan dijadikan bulan perayaan dengan rumah terbuka atau jamuan hari raya di pejabat.

Aturan nilai yang tidak didokongi dengan rangkaian akidah, muamalah dan akhlak sebenar agama Islam akan menggugat ‘silaturahim’ yang terjalin sebelum ini jika masyarakat tidak faham kehendak kerangka pandangan alam dan agama Islam.

Bukan saja pengurusan, malah semua ciri dalam kehidupan bergantung kepada nilai. Dalam masyarakat Jepun, ketekunan dijadikan nilai utama. Begitu juga pada sesetengah tempat meletakkan kesetiaan sebagai nilai penting hingga membawa kepada ketaksuban. Nilai inilah yang dapat kita cerap daripada gambaran keseluruhan amalan sesebuah masyarakat.

Selepas pembersihan dilakukan pada Ramadan, janganlah pula Syawal dicemari dengan kegiatan bercanggah sama sekali. Kita tidak boleh hanyut dibawa arus yang kemudiannya akan memberi kesan buruk kepada ummah.

Masyarakat mula meminggirkan penerokaan akidah kerana nilai dagangnya yang tidak seiring kemahuan kebendaan berbanding muamalah. Perkembangan dan penekanan mengenai akidah adalah tugas khusus orang Islam menjelaskan kepada mereka yang ‘serasi’ akibat dorongan pasaran dengan muamalah halal Islami.

Dengan kata lain, penerapan dan menjelaskan hakikat akidah adalah agenda utama yang perlu seiring dan sehebat peruntukan diterapkan dalam muamalah. Bertepatan dengan martabat kita sebagai ummah yang terpilih menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Perkara ini perlulah sejajar dengan perhatian diberikan kepada perkembangan aturan kewangan Islam dan perluasan pasaran barangan halal.

Kesimpulannya, jangan ringankan kepentingan akidah dan akhlak dalam muamalah sedia ada kerana di situlah terbentuk kerangka Islam. Fitrah sebenarnya adalah mempertahankan keseimbangan jasmani dan rohani sepanjang masa dalam perjalanan kehidupan.

INTI PATI: Kepentingan Ramadan

Ramadan adalah sebagai sekolah kepada kemanusiaan tidak boleh hanya dipestakan berdasarkan musim.
Berbeza dengan Ramadan yang kita lalui, ia tidak akan berulang lagi.
Kita tidak akan dapat lagi melalui perhentian Ramadan yang sudah ditinggalkan. Apa yang boleh dibawa adalah bekal nilai dan harganya bersama.
Syawal sebenarnya menguji sejauh mana keberkesanan latihan Ramadan yang dilalui seorang Muslim.
- Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia.




Kamis, 28 Juli 2011

KHUTBAH NABI S.A.W DI AKHIR SYAABAN


Adalah Rasulullah s.a.w. pada hari yang terakhir dari bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan para Shahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadan. Diriiwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman r.a. ujarnya: “Rasulullah s;a.w. pada hari terakhir dari bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kami. Мака beliau bersabda:

Maksudnya:

“Wahai manusia, sesungguhnya kаmu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu’. Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada ALLAH dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fradlu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardlu di dalam bulan Ramadlan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardlu di bulan yang lain.


Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah syurga. Ramadan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezki para mu’min di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikitpun berkurang”.





Selasa, 26 Juli 2011

Puasa dan Kesihatan Fizik


Puasa adalah sebuah ujian bagi semua umat Islam, di dalamnya terkandung banyak pelajaran yang boleh kita ambil. Puasa tidak saja merupakan sebuah kewajipan yang memerlukan kita menahan dari waktu imsak sehingga maghrib, tetapi tentu ada manfaat lain yang boleh anda dapat dalam menjalan ibadah puasa, antaranya dalam hal kesihatan.

Beberapa hal yang boleh anda dapatkan dalam berpuasa adalah:

Pertama, puasa dapat menurunkan berat badan anda. Dengan puasa tentu saja kita tidak akan makan dan minum selama hampir 12 jam. Dalam masa itu, tentu saja tidak ada bekalan tenaga yang masuk dalam diri kita dan tentunya pasti kita akan merasakan lapar dan dahaga. Kemudian, jika hal ini terjadi, pasti tubuh kita akan mencari sumber tenaga lain berupa lemak dalam diri kita. Hal inilah yang menyebabkan berat badan tubuh kita turun sekitar 4-5 kg ​​selama bulan ramadhan. Puasa juga merupakan cara yang baik bagi anda yang mempunyai masalah dengan berat badan, tetapi belum dapat mencari cara yang tepat.

Kedua, puasa dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Pada saat kita berpuasa beberapa organ dalam tubuh kita dapat berehat sehingga metabolisme dalam tubuh pun tidak seaktif di bulan yang lain. Hal ini tentu saja menambah daya tahan sistem imun kita kerana puasa akan mengurangkan pengeluaran sebatian oksigen yang bersifat racun yang boleh membahayakan tubuh dan membuangnya.

Ketiga, puasa dapat mencegah diri dari stroke. Hal ini terjadi kerana puasa dapat memperbaiki kadar kolesterol darah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan HDL (high density lipoprotein atau kolesterol baik) dan menurunkan lemak trigliserol (pembentuk kolesterol LDL-low density lipoprotein-yang merosakkan kesihatan atau kolestrol jahat) sehingga mempunyai peluang yang lebih kecil untuk terkena stroke.

Keempat, puasa dapat menjaga Kadar Gula Dalam Darah. Puasa sangatlah bagus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Mengapa? Kerana dengan berpuasa, kita merehatkan kelenjar pankreas. Kelenjar pankreas berfungsi dalam tetapan insulin. Hal inilah mengapa puasa sering digunakan sebagai ubat mujarab menghalau penyakit akibat seperti diabetes yang disebabkan kadar gula dalam darah.

Kelima, puasa dapat merehatkan alat pencernaan. Dengan berpuasa maka kita tentu tidak makan dan minum sehingga apa alat pencernaan kita boleh berehat sehingga dapat mengurangkan penyakit pencernaan seperi kanser usus atau sakit perut.

Anda sudah tahu manfaat berpuasa? Oleh kerana itu berpuasalah dengan baik dan benar sesuai dengn kaedah kesihatan dan agama.



Senin, 25 Juli 2011

Membuka Rahsia Seorang Muslim


Di dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia sering tidak menyedari bahawa ia telah melakukan dosa besar. Kebanyakan manusia hanya mengentahui bahawa yang termasuk dosa besar itu hanay tiga macam saja, iaitu menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua dan bersumpah palsu. 

Mereka tidak mengetahui bahawa, di luar it umasih bnayak sekali perbuatan yang termasuk dosa besar. Salah satu dari sekian banyak tersebut adalah Membuka Rahsia Seorang Muslim / Orang islam.

Seroang membuka kejelekan seseorang Islam, yang kejelekannya itu menjadi rahsia dirinya, maka perbuatan seperti ini adalah dosa. Dan yang dimaksudkan dengan rahsia peribadi di sini ialah kelemahan-kelemahan peribadi yang ia malu diketahui orang lain, tetapi tidak merugikan umat


Contoh: Seseorang yang dipandang oleh orang ramai taat dan patuh kepada Allah, tidak banyak bercakap, dan tidak pula dikenali sebagai juru dakwah. Tetapi ternyata apabila ia sendirian ia minum minuman keras. Perbuatan seperti ini boleh dikatakan sebagai rahsia peribadinya. Jika ada yang tahun perbuatan ini, maka ia tidak boleh menyebarkan kepada orang lain. Tetapi jika orang yang banyak mengajak kebaikan, sedangkan di kala sendirian minum minuman keras, maka menyebarkan kejahatan orang ini kepada umat bukan termasuk berbuat membuka rahsia. sebab orang tersebut sebenarnya adalah pengecoh umat, sehingga setiap orang adalah berhak membongkar kejahatannya terhadap umat ini.

Tentang menyiarkan atau membuka rahsia yang tidak patut diketahu orang ramai Allah firmankan dalam surah An Nur ayat 19

Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yan gingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yagn pedih di dunia dan di akhirat dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Kekejian yang dimaksudkan pada ayat ini ialah suatu perbuatan dosa, dan satu perbuatan dosa tidak boleh disiarkan di tengah-tengah masyarakat yang beriman. Bahkan Rasulullah menyururh kita agar merahsiakan rahsia seorang mukmin yang kita ketahui. Hadis Riwayat Muslim menyebutkan:

Ertinya: "Barangsiapa menutupi rahsia saudaranya maka Allah akan menutup rahsianya pada hari kiamat"

Hadis ini menjanjikan adanya suatu balasan di akhirat kepada orang yang mahu menutup rahsia orang Islam. Balasan itu berpua diampuni dosanya oleh Allah.

Disarikan dari buku: 70 Dosa Besar, oleh Drs. M. Thalib. Penerbit Gema Risalah Press.





Mengapa Allah tidak Mengurniakan pada Setiap Manusia untuk Selalu Berbuat Baik Saja?


Beberapa waktu yang lalu ada teman yang bertanya, "Mengapa iman manusia (biasa seperti kita) itu kadang naik kadang turun?" Kemudian belum lama ini ada juga yang bertanya, "Mengapa Allah tidak mengurniakan pada setiap manusia untuk selalu berbuat baik. Apa susahnya bagi Allah Yang Maha Berkehendak untuk menjadikan manusia ini untuk bertaqwa semuanya, sehingga tidak aka nada azab dari-Nya. "

Saat itu saya hanya boleh menjawab bahawa semua itu sudah menjadi fitrah bagi manusia biasa seperti kita ini. Ya, kerana kita ini manusia biasa, bukan malaikat yang kadar ketaatannya tetap terjaga, pun bukan nabi yang kadar keimanannya semakin tinggi.

Siang tadi secara tidak sengaja saya mencari tulisan dari Imam Ja'far Shadiq yang kurang lebih sebagai berikut, "Bayangkan seseorang yang (mempunyai) tubuh sihat dan aqidah benar serta berada dalam kehidupan yang selesa, sementara orang lain menyiapkan keperluan hidupnya tanpa usaha dan amal. Apakah seorang yang berakal dengan nalurinya akan rela dan mahu menerima keadaan orang di atas yang tanpa usaha apapun memperoleh ganjaran dan pahala? Meraih pahala dan ganjaran merupakan sebuah kenikmatan tersendiri bagi orang yang bersalah. "



Bertolak dari kalimat mulia tersebut saya cuba kaitkan dengan realiti di kehidupan kita. Misalnya saja kita kaitkan dengan para pelajar yang sedang menempuh ujian. Apa susahnya sih seorang guru atau penilai untuk memberikan nilai tinggi dan meluluskan semua siswanya. Tinggal kasih kunci jawaban dan hasilnya pelajar akan lulus semua, walaupun tanpa belajar atau bahkan tidak perlu susah payah datang tiap hari untuk mengikuti pelajaran.

Bisa juga kita umpamakan dengan sebuah kejohanan sukan. Dalam ajang Piala Dunia misalnya, boleh saja setiap pasukan yang akan berlaga langsung diberi piala. Mereka tidak perlu bersusah payah latihan dan bertanding di lapangan. Mereka hanya perlu membentuk pasukan dan kemudian pasukan tersebut akan mendapat piala secara cuma-cuma tanpa usaha dan bertanding untuk mendapatkan piala tersebut.

Dari kedua-dua contoh tersebut kita dapat menilai bahawa hasil ujian bagi pelajar ataupun piala bagi pasukan tersebut bukan hanya tidak bernilai, akan tetapi tidak akan ada kenikmatan dan kebanggaan saat menerima hasil ujian atau piala tersebut. Semua itu kerana dalam mendapatkannya tidak ada usaha yang perlu dilakukan.

Akan tetapi jika hasil kelulusan atau piala tersebut tidak diberikan kepada semua pelajar atau pasukan, mereka akan berjuang lebih keras lagi untuk meraih kejayaan. Seorang pelajar akan belajar lebih giat agar bisa lulus. Sebuah pasukan akan berlatih dan bertanding sebaik-baiknya untuk mendapatkan piala. Mereka akan terpacu dan percaya bahawa setiap ganjaran yang akan diterimanya seiring dengan usaha yang dilakukannya.

Mereka akan merasakan kenikmatan, kebanggaan, dan kebahagiaan saat menerima ganjaran tersebut. Seorang pelajar akan merasa puas bahawa hasil jerih payahnya dalam menuntut ilmu berbuah hasil baik dan kelulusan. Begitu juga sebuah pasukan akan merasakan hegemoni yang luar biasa saat memenangi sebuah perlawanan yang semua itu diraih atas hasil kerja keras mereka.

Kembali kita kaitkan dengan kadar ketaatan manusia, Allah sudah berjanji bahawa balasan bagi hamba-Nya yang bertaqwa adalah syurga yang di dalamnya penuh dengan kenikmatan. Tapi bukan hanya di situ sahaja yang ingin Allah berikan pada hamba-Nya. Allah menginginkan hamba-Nya merasakan kenikmatan berlipat ganda pada hamba-Nya yang bertaqwa.

Syurga itu sendiri sudah nikmat, seperti kelulusan atau piala tadi. Tapi Allah masih menambah kenikmatan dengan memberikan kesempatan bagi kita untuk berlumba-lumba menggapai syurga tersebut. Dengan demikian jika kita menginginkan kenikmatan berlipat ganda di syurga-Nya, kita harus meraihnya dengan memperbanyakkan amal soleh.

Semoga setiap usaha yang kita lakukan diredhai Allah dan membawa kita pada kenikmatan yang berlipat-ganda di syurga nanti. Amin Ya Robbal'alamin


Minggu, 24 Juli 2011

Tiada Istilah Bohong Sunat


Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri... 

Masih ingatkah lagi pantun lama ini? Sejak kecil, kita sering diajar bahawa bohong adalah perbuatan yang tidak baik atau dalam istilah yang paling mudah difahami, “bohong itu jahat”. Namun dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi orang dewasa, bohong kadangkala menjadi suatu perkara yang biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, betulkah kita memang tidak dapat mengelak daripada berbohong?Mengapa berbohong? 

Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan! Yang biasa berlaku, kita tersepit dalam sesuatu situasi dan situasi itu berlaku kerana kelalaian atauy kesalahan sendiri. Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidka dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?Bohong bermaksud memberitahu susuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta. Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.


Jangan Berbohong
Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).’ Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu. “Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”

Kalangan orang munafik

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu:

1. Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu
2. Apabila bercakap, dia berbohong
3. Apabila berjanji, dia mungkiri
4. Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah AW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan tiu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh ditudih berbohong.

Bohong yang dibolehkan

Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran. Namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat. Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong. Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara :
1. Ketika peperangan
2. Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah
3. Dalam perhubungan suami isteri

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya. Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong. Namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selspas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini, “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentinga n. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya) .Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya) . Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Kawan berbohong
Berbohong antarakawan - kawan pula, hanya dalam keadaan tertentu sahaja, maksudnya dalam perkara yang tidak menyentuh prinsip. Umpamanya,memujikebaikan kawankerana ingin ambil hatimereka, sedangkankebaikannya tidak kena langsung dengangayanya. Ataukekawankita memujikita kacak,baik hati dan sopan walaupun hakikatnyakita tidak sebaik mana. Tetapi asalkan dengan niat menjaga keharmonianpersahabatan danmengeratkanlagi hubunganprsahabatan serta persaudaraan antara umat Islam, hal itu dibenarkan.Kelonggaran dalam berbohong diistilahkan terutamanya oleh orang Melayu sebagai ‘bohong sunat’. Hakikatnya, dalam Islam tiada istilah ‘bohong sunat’, yang ada hanya kelonggaran yang diharuskan dalam keadaan tertentu. Sekiranya dapat mengelak daripada bohong, hal itu lebih digalakkan. Justeru, kelonggaran yang diberi atau dibenarkan untuk berbohong harus digunakan secara tepat untuk menyelesaikan halperibadi.Namun sebenarnya ramai yang menggunakan kelonggaran ini untuk tujuan yangsalah.

Berbohong satu pengkhianatan
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Jangan dibudayakan
Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot. Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar keran itu seperti menganiaya pekerja.Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera. Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!






Sabtu, 23 Juli 2011

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. agak2nya bersediakah kita? apa yg ak disediakan? biarlah bulan Ramadhan datang, kita tempuhi aje dengan hati yang terbuka. mungkin itu antara jawapannya. Kita seharusnya mempersiapkan diri dengan beberapa persediaan.

pertamanya, PERSIAPAN ROHANI. Yang dikehendaki di sini ialah kita harus bersedia dari aspek penerimaan hati terhadap Kefardhuan Puasa yang bakal dilalui. Macam mane tu? Hati mestilah ikhlas kerana Allah jalla wa’ala. bukan berpuasa kerana lainnya. Bukan berpuasa kerana ingin kurus, diet la kononnya. memang tak dinafikan bulan puasa mampu menyebabkan orang gemuk jadi kurus. Tapi kalau kita niat puasa kerana nak kurus, tepuk dada, tanyalah hati, Sahkah puasa kita? Mana ada orang berpuasa berniatkan, “Sahaja aku puasa esok hari , pada bulan Ramadhan kerana nak kurus.” Biarlah kelebihan berpuasa mampu buat orang jadi kurus itu datang tanpa kita niatkan. kita berpuasa tetapkan niat kerana ALLAH ta’ala semata2.


persiapan rohani juga membawa maksud, kita hendaklah letak dalam minda bahawa puasa adalah ibadah. Ibadah berasal dari perkataan ‘abada’ , ya’budu. Kata Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu apabila ditanya apa makna ibadah, eliau menjawab, “allaha , yu’allihu” ertinya, “mempertuhankan”. jadi, berpuasa bererti beribadah kepada ALLAH azza wajalla. beribadah kepada ALLAH bererti menyembah ALLAH.

Keduanya, PERSIAPAN ILMU. Ilmu berkaitan puasa hendaklah ada. nak ada ilmu puasa, kenalah belajar. nak belajar, carilah tok guru. nak cari tok guru, carilah yang betul, tidak sesat macam ayah pin. Ilmu sah batal puasa. rukun puasa, syarat wajib berpuasa.

Ketiga, PERSIAPAN FIZIKAL. Jasmani la tu……… Selain dari rohani, tubuh badan kita pun hendaklah bersedia untuk menghadapi Ramadhan. kalau yang ada penyakit gastrik tu, bersedialah dengan ubat2an nya. Janganlah sampai penyakit kita tu halang kita daripada menunaikan rukun Islam yang keempat tu. Kalau tiap2 tahun gastrik datang time Ramadhan, alamat tak puasa sampai mati la………

Persiapan jasmani juga maksudnya kita latih dulu diri kita berpuasa sunat Rejab, Sya’aban. Kalau dah biasa, barulah perut tak terkejut beruk bila berpuasa Ramadhan. Biarlah puasa kita itu menjadi latihan kepada kita agar menjaga makan mnum. agar selepas Ramadhan nanti, kita terus menjaga makanminum kita agar tidak mengikut nafsu.

Keempat, PERSIAPAN EKONOMI. Kewangan kena jaga… kalau betul kta nak cari pahala banyak2 bulan puasa, hendaklah kita simpan duit banyak2, untuk dibelanjakan di bulan puasa. Jadi, kita tak payah lah sibuk2 cari rezeki di bulan pUasa. rehatkan diri dari kejar dunia walaupun harus, sibukkan diri dengan kejar bekalan untuk ke akhirat. Lagipun, kalau duit banyak, boleh bersedeqah banyak2. sedeqah bulan puasa ni ganjaran phalanya berlipat kali ganda. Rasulullah pernah sebut, ” Setiap amalan anak adam digandakan baginya satu kebaikan yang dilakukan dengan 10 kali ganda , hingga 700 kali ganda sehinggalah berkali2 gandanya.”

KELEBIHAN

Kelebihan Bulan Ramadhan ke atas bulan2 yang lain ada beberapa perkara. antaranya, Rasulullah bersabda yang maksudnya, ” apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu2 neraka, dan dibelenggu syaitan2. “ Kalau syaitan dibelenggu, diikat, dirantai, digari, apa lagi yang menghalang kita daripada buat kebajikan atau amal ibadah dengan sebanyak2nya? ertinya, Tuhan sengaja memberi peluang kepada kita buat amal ibadah dan kebajikan sebanyak2nya.

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam juga pernah bersabda yang maksudnya, ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dan keampunan dari ALLAH, diampun baginya (dosanya) apa2 yang terdahulu daripada dosanya.” Inilah peluang keemasan yang tidak muncul di bulan2 yang lain. Bukan bermaksud bulan lain ALLAH tak ampun dosa. Cuma Ramadhan ni ALLAH lagi buka pintu keampunan seluas2nya. Macam sale jugak kan, supermarket, mall atau apa pun memang jual barang sepanjang tahun, tapi Big sale atau mega sale jarang2 sekali. Nah! Kalau puasa pulak, maka ingatlah bahawa ALLAH bawa TAWARAN HEBAT , BIG SALE, MEGA SALE selama sebulan untuk setahun sekali. Maka sesiapa yang berjual beli dengan ALLAH, Bulan puasalah bulan yang paling sesuai kerana untungnya banyak!! Dahlah tawarannya hebat, senang nak dapat pulak tu….tak payah nak beratur macam di Mydin Mall K.T.

lagi apa kelebihannya? la kan semua dah tau bahawa Ramadhan bulan sadaqah. Sadaqah di bulan Ramadhan ni banyak pahala. tak terbilang lah jawabnya. Rasulullah pernah sebut bahawa barangsiapa yang beri minum orang berpuasa dengan seteguk , ALLAH akan beri minum kepada nya daripada telaga nabi sallallahu alaihi wasallam yang mana ia tidak akan dahaga ketika di padang mahsyar sehingga masuk ke Syurga.

Nabi sallallahu alaihi wasallam juga sebut, ” Barangsiapa yang mengerjakan amalan sunat, pahalanya sama dengan amalan wajib. Dan barangsiapa yang buata amalan wajib, pahalanya sama dengan buat 70 amalan wajib yang sama. “ Bayangkan kalau kita solat subuh 2 rakaat di bulan puasa, macam 70 kali buat subuh di bulan2 lain!!! mana larat beb……….. itulah sifat Maha Pemurah ALLAH terhadap hambaNYA sempena Ramadhan al Mubarak ini.

AKHIRNYA, marilah sama2 kita rebut peluang setahun sekali ini untuk menjadikan diri kita golongan yang benar2 berTAQWA sebagaimana kehendak ALLAH sendiri yang menyebutkan dalam al Qur’an yang maksudnya, ” Wahai orang2 beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa (di bulan Ramadhan ) sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu , mudah2an kamu berTAQWA.”

SEKIAN, WASSALAM.





Jumat, 22 Juli 2011

15 Sifat Manusia Dalam Al-Quran


15 Sifat Manusia Dalam Al-Quran
Cukup sudah…
fitrah insani kita memang tidak pernah cukup untuk membawa kita menuju jannahNya.
tidak cukup hanya menjadi “manusia biasa” untuk berlari dan berlomba menujut Syurga.
Karena sifat dasar manusia yang dikaruniakan Allah kepada kita,
sungguh, sungguh hina lagi dina!!!
makhluk apa lagi yang berani memikul amanah yang gunung dan langit menolaknya selain manusia!?
makhluk apa lagi yang dikatakan Tuhan penciptanya selalu berada dalam kerugian kecuali orang-orang tertentu saja!?
Benarlah umar yang berkata
“ya Allah, Engkau muliakan kami dengan iman dan islam”
Sungguh jika bukan karena keduanya, maka celakalah manusia
Mari kita telusuri, apa kata al-Quran tentang makhluk yang bernama manusia ini…
pertama, manusia itu LEMAH
Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)
kedua, manusia itu MUDAH TERPEDAYA
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6)
ketiga, manusia itu LALAI
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1)
keempat, manusia itu PENAKUT/MUDAH KHAWATIR
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)
kelima, manusia itu BERSEDIH HATI
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)
keenam, manusia itu TERGESA-GESA
Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)
ketujuh, manusia itu SUKA MEMBANTAH
Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (Q.S. an-Nahl 4)

kedepalan, manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S Yunus : 12)
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)
kesembilan, manusia itu PELUPA
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )
kesepuluh, manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH
Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)
Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat : 20)
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)
kesebelas, manusia itu KIKIR
“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Q.S. Al-Isra’ : 100)
keduabelas, manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT
Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Q.S. Az-Zukhruf : 15)
sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-’Aadiyaat : 6)
ketigabelas, manusia itu DZALIM dan BODOH
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (Q.S al-Ahzab : 72)
keempatbelas, manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S Yunus 36)

kelimabelas, manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN
Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Q.S al Hadid 72)
Itulah 15 sifat manusia yang disebutkan dalam al-Quran. Mengerikan bukan? Adapun islam, sudah memberikan solusi untuk segala sifat buruk manusia ini. Sungguh nikmat iman dan islam ini bukanlah sesuatu yang kita dapat dengan murah!!!
solusi pertama
Tetap berpegang teguh kepada tali agama dan petunjuk-petunjuk dari Allah
Kami berfirman: “Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Q.S al-Baqarah : 38)
solusi kedua
Tetap berada dalam ketaatan sesulit apapun situasi yang melanda
Tetap berada dalam ketaatan disini, berarti bersegera menyambut amal-amal kebaikan. Mungkin seperti syair yang dilantunkan Abdullah bin Rawahah untuk mengembalikan semangatnya saat nyalinya mulai ciut di perang mut’ah ketika dua orang sahabatnya yang juga komandan pasukan pergi mendahuluinya. “wahai jiwa, jika syurga sudah di depan mata mengapa engkau ragu meraihnya”
Allah berfirman “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (Q.S. Ali Imran : 133)
solusi ketiga
Jaga keimanan kita
Adalah hal yang wajar, iman seseorang naik turun dan berfluktuatif. Sama mungkin seperti yang dikhawatirkan sahabat Hanzalah, ketika ia curhat kepada abu Bakar bahwa ia termasuk orang yang celaka. Mengapa demikian? karena ia merasa Imannya turun ketika jauh dari Rasulullah. Ternyata itu pula yang dirasakan lelaki dengan iman tanpa retak itu. Hinga mereka berdua akhirnya menghadap Rasulullah. Mendengar permasalahn mereka, Rasulullah hanya tersenyum dan menjawab, “selangkah demi selangkah Hanzalah!”
Tetapi sungguh, iman seorang mukmin yang baik, akan tetap memiliki trend yang menanjak. Disinilah mungkin loyalitas kita kepada Allah diuji. Apakah kita bisa, belajar mencintai Allah diatas segala sesuatu, belajar mencintai sesuatu karena Allah, serta belajar membenci kekufuran!!!
solusi keempat
Berjama’ah
Manusia itu lemah ketika sendiri dan kuat ketika berjama’ah. Adakah yang meragukannya?
ryoichikuga.blogspot.com
Disarikan dari kajian shubuh Mabit Ashabul Quran
Masjid Salman ITB