Sabtu, 31 Desember 2011

5 Sebab Kenapa Harga Emas Terus naik

1. EKONOMI
Negara ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat telah terjerumus dalam defisit ekonomi terbesar dalam sejarah yang bernilai trilion dollar. Liabiliti ini terus menerus semakin membesar dan tidak ditangani secara baik. Negara-negara Eropah lain juga hanya menunggu masa dengan jumlah hutang luar negara yang kian bertambah.


Untuk mengurangkan kos, industri pembuatan dari Amerika telah melabur ke luar negara terutamnya di Asia Tenggara di mana kosnya masih rendah. Sejak krisis ekonomi 2008, pihak Amerika perlu menyelamatkan industri luar negaranya yang bernilai 1 trilion dollar yang berisiko tinggi untuk menemui kegagalan.

2. KETAKUTAN
Ketakutan ini wujud bila setiap orang akan merasai akan kehilangan kekayaan dengan perasaan tamak meguasai diri. Krisis ekonomi yang bermula di Greece dan Iceland dibimbangi akan merebak ke seluruh dunia menyebabkan pelabur beralih kepada emas berbanding wang kertas. Walaupun pada tahun 2009 krisis menampakkan akan berakhir tetapi beberapa penganalisis kurang yakin dengan keadaan tersebut. Faktor peperangan di Timur Tengah dan Asia yang berlarutan juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar oleh Amerika Syarikat.

3. PERMINTAAN
Bila keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ramai orang memilih emas sebagai penyimpan nilai yang selamat. Keadaan ini menyebabkan permintaan terus meningkat melebihi pengeluaran. Dengan permintaan ini bank-bank utama negara besar seperti India, China dan Rusia turut menambah stok emas masing-masing bagi melindungi nilai negara mereka. Kerajaan China menggalakkan rakyatnya menyimpan 30% kekayaan dalam bentuk emas sebagai pelindung nilai.

4. MENGAWAL INFLASI
Umum mengentahui bahawa emas adalah kalis inflasi. Pencetakan wang kertas yang tidak bersandarkan kepada nilai emas adalah punca kepada inflasi. Bank-bank besar di Eropah seperti di England, Switzerland dan bank dunia turut menambah stock emas mereka. Walaupun keadaan inflasi tidak jelas tetapi banyak negara dunia belajar dari krisis ekonomi yang melanda Zimbabwe pada tahun 2008. Keadaan ini menyebabkan hampir semua pemilik lombong dunia kehabisan stok syiling emas mereka.

5. FAKTOR DOLLAR
Hampir semua negara membangun dunia bersandar kepada nilai dollar. Jika nilai dollar merosot maka ia akan menjejaskan matawang negara lain. Matawang dollar telah tersebar ke seluruh dunia dan nilainya dianggarkan melebihi 1000 billion pada tahun 2010. Purata pertumbuhan ekonomi dunia ialah 7.6% jumlahnya dijangka akan terus meningkat dan nilainya terus menyusut. Kepercayaan kepada dollar semakin terhakis sejak kewujudan matawang Euro pada tahun 1999 yang kini digunakan oleh 320 juta warga Eropah. Secara umumnya matawang Euro adalah lebih stabil berbanding dollar dan banyak digunakan dalam Forex Trading.

Melihat kepada trend kenaikan harga emas dunia, pihak pengeluar emas dunia dijangkan akan meletak harga lantai iaitu UD1500/oz. Ini bermakna harga emas tidak akan dibiarkan di bawah harga yang dicadangkan malah akan terus dalam kedudukan menaik tanpa had - Sumber dari blanchardonline

Cara Nabi Muhammad Menyantap Madu

Begini Cara Nabi Muhammad Menyantap Madu
Ketika bangun tidur, Rasulullah selalu mengambil madu. "Cara  Rasulullah  minum madu mungkin berbeza dengan kita, kebanyakan kita mungkin minum madu yang sudah dicairkan dengan air," kata penulis buku sihat ala Rasul, Dr Brilianto M Soenarwo di acara Bincang Kesihatan ala Rasulullah, Sabtu (31/12) di Masjid At-tin.

Ternyata, cara  Rasulullah  minum madu tidaklah demikian. Pengamal kesihatan yang juga dikenali doktor Toni itu menjelaskan bahawa  Rasulullah  mengambil madu lalu mengulum di mulutnya hingga hancur ketika bercampur dengan air liur. Penulis yang telah banyak menghasilkan buku tentang kesihatan ini menjelaskan bahawa madu yang mengandungi fruktosa lebih baik dicampur dengan air liur agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Ia juga menjelaskan mengambil madu di pagi hari boleh menjegah seseorang terkena sakit gastrik. "Pada pagi hari perut kosong kerana  Rasulullah  makan malam ringan sekitar jam 8 malam. Madu boleh melapisi dinding perut sehingga  Rasulullah  tidak terkena gastrik," jelasnya.

Nabi saw biasanya makan malam dengan jumlah yang sedikit. Untuk semasa pengambilan makanan yang lebih banyak  Rasulullah   biasa melakukannya ketika makan tengah hari. - Disusun dari republika.co.id



Disebalik kekuatan petir

يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ
"... Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Surah An-Nur, 24:43)

Kilatan yang terbentuk, turun amat cepat ke bumi dengan kelajuan 96,000 km / jam. Sambaran pertama mencapai titik pertemuan atau permukaan bumi dalam waktu 20 milisaat, dan sambaran dengan arah berlawanan menuju ke awan dalam tempoh 70 mikrosaat. Secara keseluruhan petir bergerak dalam masa hingga setengah saat. Suara guruh yang mengikutinya disebabkan oleh pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir. Akibatnya, udara tersebut bergerak dengan kelajuan melebihi kelajuan bunyi, walaupun gelombang kejutannya kembali kepada gelombang bunyi normal dalam rentang beberapa meter. Gelombang bunyi terbentuk mengikuti udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya. Itulah sebab terjadinya guruh dan petir yang sambar-menyambar.

Ketika kita merenungi semua perihal petir ini, kita dapat memahami bahawa peristiwa alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimana sebuah kekuatan luar biasa seperti itu muncul dari partikel bermuatan positif dan negatif, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, menunjukkan bahawa petir diciptakan dengan sengaja. Lebih jauh lagi, kenyataan bahawa molekul-molekul nitrogen, yang sangat penting untuk tumbuhan, muncul daripada kekuatan ini, sekali lagi membuktikan bahawa petir diciptakan dengan kearifan yang khusus.

Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini di dalam Al-Quran. surah Ar Rad, salah satu surah Al-Quran, sesungguhnya adalah "Guruh". Dalam ayat-ayat tentang petir, Allah swt berfirman bahawa Dia menghadirkan petir kepada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahawa guruh yang muncul ketika petir menyambar bertasbih memuji-Nya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita wajib berfikir dan bersyukur bahawa guruh, yang mungkin belum pernah difikirkan oleh kebanyakan orang ini dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah makna yang dengannya rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan yang dikirim oleh-Nya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.





Muslimah Kazakhstan memperjuangkan tudungnya

Sebuah universiti di Kazakhstan akhirnya memutuskan untuk menarik balik larangan memakai tudung, setelah para mahasiswi universiti itu mengancam akan menyaman pihak universiti secara undang-undang kerana melaksanakan larangan bertudung.

Belakangan ini, masalah tudung kerap diperkatakan di Kazakhstan terutama di sekolah-sekolah dan universiti.


Pada tarikh 8 Disember lalu, para mahasiswi dari Universiti Saqtaghan Baishev, yang terletak di kawasan barat laut Kazakhstan, memberikan maklumat pada Radio Free Europe / Radio Liberty (RFE / RL) bahawa para mahasiswi bertudung tidak dibenarkan masuk ke kelas kuliah.

Biro Hak Asasi Manusia Kazakhstan akhirnya turun tangan, dan salah seorang penguatkuasa undang-undang biro tersebut, Aghyzbek Tolegenov melakukan perbincangan dengan rektor universiti, Khalel Khusainov pada minggu lalu.

Pada Khusainov, Tolegenov mengatakan bahawa undang-undang larangan bertudung yang dikuatkuasakan pihak universiti bertentangan dengan perlembagaan negara. Tolegenov juga mengingatkan Khusainov bahawa yang harus dilawan oleh rakyat Kazakhstan adalah ekstremisme dan bukan Islam.

Pada RFE / RL, Tolegenov menyatakan bahawa dia dan para pakar hak asasi manusia dari pelbagai organisasi bukan kerajaan telah membentuk sebuah "Gabungan Membela Hak Asasi dan Kebebasan". Gabungan itu sudah memulakan kempen untuk menarik balik larangan tudung di universiti-universiti.

Kerana mendapat tekanan dari banyak pihak, para pegawai universiti melakukan siri pertemuan dengan para pensyarah dan mahasiswa, dan akhirnya memutuskan untuk menarik balik larangan bertudung itu.

Timbalan rektor universiti, Bayan Orynbaeva pada awalnya enggan mengulas atas masalah larangan tudung di kampusnya. Tapi akhirnya dia mendedahkan bahawa yang menjadi masalah sebenarnya warga tudung dan busana muslim yang dikenakan para mahasiswi muslim.

"Mereka mengenakan pakaian serba hitam. Warna hitam bukan warna tradisi pakaian yang dikenakan masyarakat Kazakhstan pada umumnya," tegas Bayan.

Namun Shynar Mantaiqyzy - satu daripada lapan pelajar muslim yang mengeluh larangan tudung di kampus itu membantah bahawa mereka berpakaian serba hitam, termasuk jilbabnya.

"Tradisi orang Kazakh menyatakan 'jangan memakai pakaian hitam', sebuah tradisi yang tetap kami ikuti. Warna busana dan tudung yang kami kenakan selalu berganti-ganti, tidak semestinya hitam," tegas Shynar.

Mahasiswi lain juga membantah. "Apa yang kami kenakan bukan tudung, tapi tudung yang menjadi sebahagian busana tradisional kaum perempuan Kazakh," kata Perizat Moldasheva. -Disusun dari eramuslim.com

Mengapa begitu ramai umat Islam yang turut serta bergembira merayakan malam tahun baru?

Sesungguhnya semakin datang tahun seharusnya mengingatkan kita kepada kematian, bahawasanya ajal kita semakin dekat dan kelak kita akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak dan bukannya bersorak, berpesta, bergembira menghambur-hamburkan wang atau bahkan sampai mengganggu orang lain dengan meniup trompet dan menyalakan mercun.

Namun mengapa begitu ramai umat Islam yang turut serta bergembira merayakan malam tahun baru? Apakah dengan merayakan tahun baru boleh memberikan manfaat bagi agamanya? Apakah dengan merayakan tahun baru boleh menambahkan keimanannya? Ataukah dengan merayakan tahun baru dia akan di redhai oleh Allah Maha Pencipta?




10 peristiwa besar sepanjang 2011

Sejumlah peristiwa yang membuat terharu bahkan menangis pilu mewarnai pelbagai belahan dunia. Bermula dengan bencana tsunami di Jepun hingga perkahwinan Diraja Putera William dari England.

Revolusi di Kawasan Timur Tengah dan Afrika
Awal 2011 merupakan awal yang buruk bagi beberapa negara di kawasan Timur Tengah dan Afrika dengan majoriti penduduk beragama Islam, namun dengan pemimpin-pemimpin bersikap kezaliman dan autoritarian.



Pada 14 Januari 2011, Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, diguling oleh gerakan revolusi yang dilakukan rakyatnya. Disusuli kemudian dengan tergulingnya presiden Mesir yang telah berkuasa selama 30 tahun, Hosni Mubarak. Presiden ini juga digulingkan melalui aksi people power selama kira-kira 25 hari, dan dia berundur dari jawatannya pada 12 Februari 12.

Setelah revolusi di Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi melanda negara-negara di sekitarnya, seperti Yaman, Libya, Oman, Algeria, Bahrain, Iran, dan Syria. Yang paling tragis nasib Presiden Libya Muammar Khadafi.

Kerana tidak mahu menyerah diri, pangkalan-pangkalan pertahanannya di ibu negara Libya dibom pihak NATO. Khadafi akhirnya terbunuh selepas lubang persembunyiannya di Kota Sirte ditemui para pemberontak, dan kepalanya ditembak.

Gempa dan Tsunami Jepun

Pada Jumaat 11 Mac 2011 sekitar pukul 14.46 waktu setempat, gempa berkekuatan 8,9 pada skala Ritcher (SR) menggoncang pantai timur Jepun, disusuli gempa susulan berkekuatan 7,4 SR.

Sekitar 16000 orang terbunuh, 4000 orang hilang, dan 6000 orang tercerdera di lapan wilayah. Bangunan yang hancur dan rosak mencapai 125000 unit. Selain itu, gempa dan tsunami juga mencetuskan letupan di Reaktor Nuklear Fukushima.

Pernikahan Putera William dan Kate Middleton

Pernikahan yang dilangsungkan pada 29 April 2011 ini dianggap sebagai perkahwinan terbesar abad ini. Tidak hairan, kerana selain Royal Wedding atau Pernikahan Kerajaan England ini menghabiskan dana sekitar 40 juta. Perkahwinan yang ditayangkan secara langsung oleh pelbagai stesen televisyen di dunia ini dianggarkan ditonton oleh kira-kira 2 bilion orang.

Kematian Osama bin Laden 

Pengumuman kematian Osama diumumkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 1 Mei 2011, namun Osama mati seminggu sebelumnya. Pengasas Al-Qaeda ini mati ditembak anggota pasukan Amerika di Abottabad, Pakistan, dalam satu operasi khas.

Selain Osama, dua orang pengikutnya juga dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan apabila kediaman Osama di Abottabad diserbu. Amerika menganggap Osama sebagai orang yang paling bertanggung jawab dalam serangan terhadap bangunan kembar World Trade Centre (WRC) pada 11 September 2011.

Pembunuhan di Oslo, Norway

Kejadian pada 22 Julai 2011 ini adalah aksi keganasan kerana bermula dengan letupan bom yang mengorbankan tujuh orang di pusat bandar Oslo. Satu jam kemudian, seorang lelaki berpakaian seragam polis yang diketahui bernama Anders Behring Breivik, datang ke Pulau Otoya yang terletak kira-kira 50 batu dari bandar tersebut, dan menembak sekitar 700 pemuda yang sedang menghadiri pertemuan organisasi pemuda Parti Buruh di pulau itu.

Ketika serangan dilakukan, beberapa pemuda sempat melarikan diri, dan Anders yang berusia 32 tahun, mengejar dan mencari merata tempat, termasuk semak-semak, gua dan di antara bangunan-bangunan di Pulau Otoya. Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dalam kejadian ini. Yang selamat kebanyakan nekad terjun ke laut dan berenang menjauhi pulau.

Pertembungan Kereta api di China

Pada 23 Julai 2011 dua kereta api ekspres di China bertembung, dan mengakibatkan 32 orang terbunuh. Musibah bermula ketika kereta ekspress D3115 dari Hangzhou ke Wenzhou di wilayah Zhejiang, China timur, berhenti akibat kehilangan tenaga setelah disambar petir.

Ketika kereta api berhenti, datang kereta api ekspres D301 dari bandar Shuangyu, Wenzhou. Pertembungan tidak dapat dielakkan, sehingga beberapa gerabak keluar rel, dan dua di antaranya jatuh dari jambatan setinggi lebih dari tiga meter, sementara satu di antaranya bergantung di sisi jambatan.

Kemelesetan Ekonomi Eropah

Awal Ogos bangsa-bangsa di Benua Biru menghadapi mimpi buruk yang dihantui krisis hutang bidang harta di Amerika Syarikat. Tanpa dapat dicegah, negara-negara seperti Britain, Itali, Greece dan lain-lain, terperosok dalam jurang kemelesetan kewangan yang teruk akibat kegagalan membayar hutang, sehingga negara mereka bergolak.

Perekonomian Greece dan Itali bahkan hancur sehingga pada November, atas desakan pelbagai pihak, Perdana Menteri Greece George Papandreou dan Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi, mengundurkan diri. Hingga kini, kemelesetan masih melanda benua eropah. Sejumlah penganalisis bahkan meramalkan, krisis ini baru akan mencapai klimaks pada pertengahan 2012.

Rusuhan London

Kes ini merupakan buah dari kemelesetan yang melanda Eropah. Persoalan bermula dari kematian Mark Duggan, pemuda 29 tahun yang disebut-sebut sebagai ahli geng bersenjata di London. Mark tewas akibat tembakan polis di dadanya.

Kematian Mark menimbulkan amarah oleh para pemuda di negeri Lady Di, sehingga pada 6 Ogos 2011 rusuhan meletus di Tottenham, London Utara. Rusuhan yang diwarnai rompakan dan pembakaran kenderaan serta bangunan-bangunan itu tersebar dengan cepat ke seluruh London dan bandar-bandar lain di Britain.

Kembang api, bom molotov dan senjata lain dilemparkan massa kepada polis. Kedai-kedai rompak, orang awam dianiaya dan dirompak. Rusuhan itu berhenti pada 12 Ogos, setelah polis menangkap lebih daripada 1,000 perusuh, di mana 400 di antaranya kemudian diadili. Rusuhan ini menyebabkan 5 orang terbunuh dan mencederakan 16 orang.

Banjir di Thailand

Musibah yang berlaku mulai 18 Oktober 2011 ini melanda 48 wilayah di Thailand, dan baru surut seluruhnya selepas 40 hari. Banjir ini tidak hanya meredam 2,3 juta rumah penduduk, tujuh kawasan industri dan 300.000 hektar tanah pertanian, tetapi juga melumpuhkan aktiviti ekonomi dan kerajaan, serta menyebabkan sekurang-kurangnya 370 orang terbunuh.

Terjangan Badai Washi di Filipina

Badai Washi yang berkelajuan lebih dari 200 km / jam, menerjah kawasan pantai timur Pulau Mindanao dan sekitarnya pada Jumaat 16 Disember 2011, mengakibatkan sungai-sungai meluap, mencetuskan banjir lumpur, dan tanah runtuh. Sekurang-kurangnya 957 orang terbunuh dan 49 orang hilang.

Banyaknya korban akibat tidak bersedia dalam menghadapi bencana, badai menerjah pada malam hari di ketika sebahagian besar daripada mereka telah tidur lelap. Bandar pelabuhan di Filipina selatan, Cagayan de Oro dan Iligan, merupakan kawasan yang paling teruk diterjah badai Washi. Di kedua-dua lokasi ini, kematian mencapai sekitar 579 orang. - Disusun dari inilah.com

Padang pasir kembali menjadi padang rumput dan ladang

Sunnah dan Sains: Antara Bimbingan Rasul dan Ilmu Bumi
Di antara mukjizat dalam ilmu pengetahuan yang ada pada sunnah adalah sabda Rasulullah, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput atau ladang." (HR Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda "sehingga tanah Arab kembali" maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasul SAW "sehingga kembali" iaitu bahawa dahulu tanah Arab dipadati oleh rumput dan ladang, dan nanti tanah Arab akan kembali seperti semula.

Pembuktian hadis ini, bahawa berkat kemajuan teknologi dan ilmu geologi serta kemajuan teknologi penyelidikan, para ahli geologi meramalkan bahawa sebahagian daratan Arab pada masa dahulu adalah tanah yang subur untuk pertanian dan ladang.

Dahulu tanah Arab sangat subur dan bukan gurun pasir yang tandus. Akan tetapi perubahan iklim menyebabkan kekeringan air yang mengakibatkan padang yang tadinya subur menjadi padang pasir yang tandus.
Lalu para ahli geologi menyebutkan bahawa tanah ini akan mengalami perubahan iklim yang boleh mengembalikan tanah tersebut seperti sedia kala.

Semua makna ini ada dalam sabda Rasulullah SAW yang sangat singkat dan padat. Walaupun beliau bukan seorang yang ahli dalam ilmu geologi atau ilmu yang lain. Ini menegaskan kebenaran sabda Rasulullah SAW. - disusun dari republika.co.id

10 Kerosakan Dalam Perayaan Tahun Baru, ingatlah wahai orang muslim !

Alhamdulillah. Segala puji hanya milik Allah, Rabb yang memberikan hidayah demi hidayah. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga akhir zaman.

Manusia di berbagai negeri sangat antusias menyambut perhelatan yang hanya setahun sekali ini. Hingga walaupun sampai lembur pun, mereka dengan rela dan sabar menunggu pergantian tahun.

Namun bagaimanakah pandangan Islam -agama yang hanif- mengenai perayaan tersebut? Apakah mengikuti dan merayakannya diperbolehkan? Semoga artikel yang singkat ini bisa menjawabnya.


Sejarah Tahun Baru Masehi

Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM (sebelum masehi). Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, ia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM.

Dalam mendesain kalender baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir. Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari.

Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teoritis bisa menghindari penyimpangan dalam kalender baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, yaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.[1]

Dari sini kita dapat menyaksikan bahwa perayaan tahun baru dimulai dari orang-orang kafir dan sama sekali bukan dari Islam. Perayaan tahun baru ini terjadi pada pergantian tahun kalender Gregorian yang sejak dulu telah dirayakan oleh orang-orang kafir.

Berikut adalah beberapa kerusakan akibat seorang muslim merayakan tahun baru.

Kerusakan Pertama: Merayakan Tahun Baru Berarti Merayakan ‘Ied (Perayaan) yang Haram

Perlu diketahui bahwa perayaan (‘ied) kaum muslimin ada dua yaitu ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adha. Anas bin Malik mengatakan,

كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى

“Orang-orang Jahiliyah dahulu memiliki dua hari (hari Nairuz dan Mihrojan) di setiap tahun yang mereka senang-senang ketika itu. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mengatakan, ‘Dulu kalian memiliki dua hari untuk senang-senang di dalamnya. Sekarang Allah telah menggantikan bagi kalian dua hari yang lebih baik yaitu hari Idul Fithri dan Idul Adha.’”[2]

Namun setelah itu muncul berbagai perayaan (‘ied) di tengah kaum muslimin. Ada perayaan yang dimaksudkan untuk ibadah atau sekedar meniru-niru orang kafir. Di antara perayaan yang kami maksudkan di sini adalah perayaan tahun baru Masehi.

Perayaan semacam ini berarti di luar perayaan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam maksudkan sebagai perayaan yang lebih baik yang Allah ganti. Karena perayaan kaum muslimin hanyalah dua yang dikatakan baik yaitu Idul Fithri dan Idul Adha.

Perhatikan penjelasan Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyyah wal Ifta’, komisi fatwa di Saudi Arabia berikut ini:

Al Lajnah Ad Da-imah mengatakan, “Yang disebut ‘ied atau hari perayaan secara istilah adalah semua bentuk perkumpulan yang berulang secara periodik boleh jadi tahunan, bulanan, mingguan atau semisalnya. Jadi dalam ied terkumpul beberapa hal:

Hari yang berulang semisal idul fitri dan hari Jumat.
Berkumpulnya banyak orang pada hari tersebut.
Berbagai aktivitas yang dilakukan pada hari itu baik berupa ritual ibadah ataupun non ibadah.
Hukum ied (perayaan) terbagi menjadi dua:

Ied yang tujuannya adalah beribadah, mendekatkan diri kepada Allah dan mengagungkan hari tersebut dalam rangka mendapat pahala, atau
Ied yang mengandung unsur menyerupai orang-orang jahiliah atau golongan-golongan orang kafir yang lain maka hukumnya adalah bid’ah yang terlarang karena tercakup dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa yang mengada-adakan amal dalam agama kami ini padahal bukanlah bagian dari agama maka amal tersebut tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Misalnya adalah peringatan maulid nabi, hari ibu dan hari kemerdekaan. Peringatan maulid nabi itu terlarang karena hal itu termasuk mengada-adakan ritual yang tidak pernah Allah izinkan di samping menyerupai orang-orang Nasrani dan golongan orang kafir yang lain. Sedangkan hari ibu dan hari kemerdekaan terlarang karena menyerupai orang kafir.”[3] -Demikian penjelasan Lajnah-

Begitu pula perayaan tahun baru termasuk perayaan yang terlarang karena menyerupai perayaan orang kafir.

Kerusakan Kedua: Merayakan Tahun Baru Berarti Tasyabbuh (Meniru-niru) Orang Kafir

Merayakan tahun baru termasuk meniru-niru orang kafir. Dan sejak dulu Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah mewanti-wanti bahwa umat ini memang akan mengikuti jejak orang Persia, Romawi, Yahudi dan Nashrani. Kaum muslimin mengikuti mereka baik dalam berpakaian atau pun berhari raya.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ » . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ « وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ »

“Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu ada yang menanyakan pada Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“[4]

Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang penuh lika-liku, pen), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” [5]

An Nawawi -rahimahullah- ketika menjelaskan hadits di atas menjelaskan, “Yang dimaksud dengan syibr (sejengkal) dan dziro’ (hasta) serta lubang dhob (lubang hewan tanah yang penuh lika-liku), adalah permisalan bahwa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nashroni.

Yaitu kaum muslimin mencocoki mereka dalam kemaksiatan dan berbagai penyimpangan, bukan dalam hal kekufuran. Perkataan beliau ini adalah suatu mukjizat bagi beliau karena apa yang beliau katakan telah terjadi saat-saat ini.”[6]

Lihatlah apa yang dikatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apa yang beliau katakan memang benar-benar terjadi saat ini. Berbagai model pakaian orang barat diikuti oleh kaum muslimin, sampai pun yang setengah telanjang. Begitu pula berbagai perayaan pun diikuti, termasuk pula perayaan tahun baru ini.

Ingatlah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam secara tegas telah melarang kita meniru-niru orang kafir (tasyabbuh).

Beliau bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” [7]

Menyerupai orang kafir (tasyabbuh) ini terjadi dalam hal pakaian, penampilan dan kebiasaan. Tasyabbuh di sini diharamkan berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah dan kesepakatan para ulama (ijma’).[8]

Kerusakan Ketiga: Merekayasa Amalan yang Tanpa Tuntunan di Malam Tahun Baru

Kita sudah ketahui bahwa perayaan tahun baru ini berasal dari orang kafir dan merupakan tradisi mereka. Namun sayangnya di antara orang-orang jahil ada yang mensyari’atkan amalan-amalan tertentu pada malam pergantian tahun. “Daripada waktu kaum muslimin sia-sia, mending malam tahun baru kita isi dengan dzikir berjama’ah di masjid.

Itu tentu lebih manfaat daripada menunggu pergantian tahun tanpa ada manfaatnya”, demikian ungkapan sebagian orang. Ini sungguh aneh. Pensyariatan semacam ini berarti melakukan suatu amalan yang tanpa tuntunan.

Perayaan tahun baru sendiri adalah bukan perayaan atau ritual kaum muslimin, lantas kenapa harus disyari’atkan amalan tertentu ketika itu? Apalagi menunggu pergantian tahun pun akan mengakibatkan meninggalkan berbagai kewajiban sebagaimana nanti akan kami utarakan.

Jika ada yang mengatakan, “Daripada menunggu tahun baru diisi dengan hal yang tidak bermanfaat, mending diisi dengan dzikir. Yang penting kan niat kita baik.”

Maka cukup kami sanggah niat baik semacam ini dengan perkataan Ibnu Mas’ud ketika dia melihat orang-orang yang berdzikir, namun tidak sesuai tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang yang melakukan dzikir yang tidak ada tuntunannya ini mengatakan pada Ibnu Mas’ud,

وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ.

“Demi Allah, wahai Abu ‘Abdurrahman (Ibnu Mas’ud), kami tidaklah menginginkan selain kebaikan.”

Ibnu Mas’ud lantas berkata,

وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ

“Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan, namun mereka tidak mendapatkannya.” [9]

Jadi dalam melakukan suatu amalan, niat baik semata tidaklah cukup. Kita harus juga mengikuti contoh dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baru amalan tersebut bisa diterima di sisi Allah.

Kerusakan Keempat: Terjerumus dalam Keharaman dengan Mengucapkan Selamat Tahun Baru

Kita telah ketahui bersama bahwa tahun baru adalah syiar orang kafir dan bukanlah syiar kaum muslimin. Jadi, tidak pantas seorang muslim memberi selamat dalam syiar orang kafir seperti ini. Bahkan hal ini tidak dibolehkan berdasarkan kesepakatan para ulama (ijma’).

Ibnul Qoyyim dalam Ahkam Ahli Dzimmah mengatakan, “Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama.

Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini bisa selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan.

Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah.

Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Banyak orang yang kurang paham agama terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui kejelekan dari amalan yang mereka perbuat.

Oleh karena itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia pantas mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”[10]

Kerusakan Kelima: Meninggalkan Perkara Wajib yaitu Shalat Lima Waktu

Betapa banyak kita saksikan, karena begadang semalam suntuk untuk menunggu detik-detik pergantian tahun, bahkan begadang seperti ini diteruskan lagi hingga jam 1, jam 2 malam atau bahkan hingga pagi hari, kebanyakan orang yang begadang seperti ini luput dari shalat Shubuh yang kita sudah sepakat tentang wajibnya.

Di antara mereka ada yang tidak mengerjakan shalat Shubuh sama sekali karena sudah kelelahan di pagi hari. Akhirnya, mereka tidur hingga pertengahan siang dan berlalulah kewajiban tadi tanpa ditunaikan sama sekali. Na’udzu billahi min dzalik.

Ketahuilah bahwa meninggalkan satu saja dari shalat lima waktu bukanlah perkara sepele. Bahkan meningalkannya para ulama sepakat bahwa itu termasuk dosa besar.

Ibnul Qoyyim -rahimahullah- mengatakan, “Kaum muslimin tidaklah berselisih pendapat (sepakat) bahwa meninggalkan shalat wajib (shalat lima waktu) dengan sengaja termasuk dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, zina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”[11]

Adz Dzahabi –rahimahullah- juga mengatakan, “Orang yang mengakhirkan shalat hingga keluar waktunya termasuk pelaku dosa besar. Dan yang meninggalkan shalat -yaitu satu shalat saja- dianggap seperti orang yang berzina dan mencuri. Karena meninggalkan shalat atau luput darinya termasuk dosa besar. Oleh karena itu, orang yang meninggalkannya sampai berkali-kali termasuk pelaku dosa besar sampai dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan shalat termasuk orang yang merugi, celaka dan termasuk orang mujrim (yang berbuat dosa).”[12]

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengancam dengan kekafiran bagi orang yang sengaja meninggalkan shalat lima waktu. Buraidah bin Al Hushoib Al Aslamiy berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”[13] Oleh karenanya, seorang muslim tidak sepantasnya merayakan tahun baru sehingga membuat dirinya terjerumus dalam dosa besar.

Dengan merayakan tahun baru, seseorang dapat pula terluput dari amalan yang utama yaitu shalat malam. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam.”[14] Shalat malam adalah sebaik-baik shalat dan shalat yang biasa digemari oleh orang-orang sholih. Seseorang pun bisa mendapatkan keutamaan karena bertemu dengan waktu yang mustajab untuk berdo’a yaitu ketika sepertiga malam terakhir.

Sungguh sia-sia jika seseorang mendapati malam tersebut namun ia menyia-nyiakannya. Melalaikan shalat malam disebabkan mengikuti budaya orang barat, sungguh adalah kerugian yang sangat besar.

Kerusakan Keenam: Begadang Tanpa Ada Hajat

Begadang tanpa ada kepentingan yang syar’i dibenci oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Termasuk di sini adalah menunggu detik-detik pergantian tahun yang tidak ada manfaatnya sama sekali. Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum shalat ‘Isya dan ngobrol-ngobrol setelahnya.”[15]

Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka begadang setelah shalat ‘Isya karena beliau sangat ingin melaksanakan shalat malam dan khawatir jika sampai luput dari shalat shubuh berjama’ah. ‘Umar bin Al Khottob sampai-sampai pernah memukul orang yang begadang setelah shalat Isya, beliau mengatakan, “Apakah kalian sekarang begadang di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?!”[16] Apalagi dengan begadang, ini sampai melalaikan dari sesuatu yang lebih wajib (yaitu shalat Shubuh)?!

Kerusakan Ketujuh: Terjerumus dalam Zina

Jika kita lihat pada tingkah laku muda-mudi saat ini, perayaan tahun baru pada mereka tidaklah lepas dari ikhtilath (campur baur antara pria dan wanita) dan berkholwat (berdua-duan), bahkan mungkin lebih parah dari itu yaitu sampai terjerumus dalam zina dengan kemaluan.

Inilah yang sering terjadi di malam tersebut dengan menerjang berbagai larangan Allah dalam bergaul dengan lawan jenis. Inilah yang terjadi di malam pergantian tahun dan ini riil terjadi di kalangan muda-mudi. Padahal dengan melakukan seperti pandangan, tangan dan bahkan kemaluan telah berzina. Ini berarti melakukan suatu yang haram.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.”[17]

Kerusakan Kedelapan: Mengganggu Kaum Muslimin

Merayakan tahun baru banyak diramaikan dengan suara mercon, petasan, terompet atau suara bising lainnya. Ketahuilah ini semua adalah suatu kemungkaran karena mengganggu muslim lainnya, bahkan sangat mengganggu orang-orang yang butuh istirahat seperti orang yang lagi sakit. Padahal mengganggu muslim lainnya adalah terlarang sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“Seorang muslim adalah seseorang yang lisan dan tangannya tidak mengganggu orang lain.”[18]

Ibnu Baththol mengatakan, “Yang dimaksud dengan hadits ini adalah dorongan agar seorang muslim tidak menyakiti kaum muslimin lainnya dengan lisan, tangan dan seluruh bentuk menyakiti lainnya. Al Hasan Al Bashri mengatakan, “Orang yang baik adalah orang yang tidak menyakiti walaupun itu hanya menyakiti seekor semut”.”[19] Perhatikanlah perkataan yang sangat bagus dari Al Hasan Al Basri. Seekor semut yang kecil saja dilarang disakiti, lantas bagaimana dengan manusia yang punya akal dan perasaan disakiti dengan suara bising atau mungkin lebih dari itu?!

Kerusakan Kesembilan: Meniru Perbuatan Setan dengan Melakukan Pemborosan

Perayaan malam tahun baru adalah pemborosan besar-besaran hanya dalam waktu satu malam. Jika kita perkirakan setiap orang menghabiskan uang pada malam tahun baru sebesar Rp.1000 untuk membeli mercon dan segala hal yang memeriahkan perayaan tersebut, lalu yang merayakan tahun baru sekitar 10 juta penduduk Indonesia.

Maka hitunglah berapa jumlah uang yang dihambur-hamburkan dalam waktu semalam? Itu baru perkiraan setiap orang menghabiskan Rp. 1000, bagaimana jika lebih dari itu?! Masya Allah sangat banyak sekali jumlah uang yang dibuang sia-sia.

Itulah harta yang dihamburkan sia-sia dalam waktu semalam untuk membeli petasan, kembang api, mercon, atau untuk menyelenggarakan pentas musik, dsb. Padahal Allah Ta’ala telah berfirman,

وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ

“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Qs. Al Isro’: 26-27)

Ibnu Katsir mengatakan, “Allah ingin membuat manusia menjauh sikap boros dengan mengatakan: “Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” Dikatakan demikian karena orang yang bersikap boros menyerupai setan dalam hal ini.

Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Tabdzir (pemborosan) adalah menginfakkan sesuatu bukan pada jalan yang benar.” Mujahid mengatakan, “Seandainya seseorang menginfakkan seluruh hartanya dalam jalan yang benar, itu bukanlah tabdzir (pemborosan).

Namun jika seseorang menginfakkan satu mud saja (ukuran telapak tangan) pada jalan yang keliru, itulah yang dinamakan tabdzir (pemborosan).” Qotadah mengatakan, “Yang namanya tabdzir (pemborosan) adalah mengeluarkan nafkah dalam berbuat maksiat pada Allah, pada jalan yang keliru dan pada jalan untuk berbuat kerusakan.”[20]

Kerusakan Kesepuluh: Menyia-nyiakan Waktu yang Begitu Berharga

Merayakan tahun baru termasuk membuang-buang waktu. Padahal waktu sangatlah kita butuhkan untuk hal yang bermanfaat dan bukan untuk hal yang sia-sia. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi nasehat mengenai tanda kebaikan Islam seseorang,

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya.” [21]

Ingatlah bahwa membuang-buang waktu itu hampir sama dengan kematian yaitu sama-sama memiliki sesuatu yang hilang. Namun sebenarnya membuang-buang waktu masih lebih jelek dari kematian.

Semoga kita merenungkan perkataan Ibnul Qoyyim, “(Ketahuilah bahwa) menyia-nyiakan waktu lebih jelek dari kematian. Menyia-nyiakan waktu akan memutuskanmu (membuatmu lalai) dari Allah dan negeri akhirat. Sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.”[22]

Seharusnya seseorang bersyukur kepada Allah dengan nikmat waktu yang telah Dia berikan. Mensyukuri nikmat waktu bukanlah dengan merayakan tahun baru. Namun mensyukuri nikmat waktu adalah dengan melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah. Itulah hakekat syukur yang sebenarnya. Orang-orang yang menyia-nyiakan nikmat waktu seperti inilah yang Allah cela. Allah Ta’ala berfirman,

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ

“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” (Qs. Fathir: 37). Qotadah mengatakan, “Beramallah karena umur yang panjang itu akan sebagai dalil yang bisa menjatuhkanmu. Marilah kita berlindung kepada Allah dari menyia-nyiakan umur yang panjang untuk hal yang sia-sia.”[23]

Inilah di antara beberapa kerusakan dalam perayaan tahun baru. Sebenarnya masih banyak kerusakan lainnya yang tidak bisa kami sebutkan satu per satu dalam tulisan ini karena saking banyaknya. Seorang muslim tentu akan berpikir seribu kali sebelum melangkah karena sia-sianya merayakan tahun baru.

Jika ingin menjadi baik di tahun mendatang bukanlah dengan merayakannya. Seseorang menjadi baik tentulah dengan banyak bersyukur atas nikmat waktu yang Allah berikan. Bersyukur yang sebenarnya adalah dengan melakukan ketaatan kepada Allah, bukan dengan berbuat maksiat dan bukan dengan membuang-buang waktu dengan sia-sia.

Lalu yang harus kita pikirkan lagi adalah apakah hari ini kita lebih baik dari hari kemarin? Pikirkanlah apakah hari ini iman kita sudah semakin meningkat ataukah semakin anjlok! Itulah yang harus direnungkan seorang muslim setiap kali bergulirnya waktu.

Ya Allah, perbaikilah keadaan umat Islam saat ini. Perbaikilah keadaan saudara-saudara kami yang jauh dari aqidah Islam. Berilah petunjuk pada mereka agar mengenal agama Islam ini dengan benar.

“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Qs. Hud: 88)

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Disempurnakan atas nikmat Allah di Pangukan-Sleman, 12 Muharram 1431 H

Artikel www.muslim.or.id
[1] Sumber bacaan: http://id.wikipedia.org/wiki/Tahun_baru
[2] HR. An Nasa-i no. 1556. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[3] Fatawa Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyyah wal Ifta‘, 3/88-89, Fatwa no. 9403, Mawqi’ Al Ifta’.
[4] HR. Bukhari no. 7319, dari Abu Hurairah.
[5] HR. Muslim no. 2669, dari Abu Sa’id Al Khudri.
[6] Al Minhaj Syarh Shohih Muslim, Abu Zakariya Yahya bin Syarf An Nawawi, 16/220, Dar Ihya’ At Turots Al ‘Arobiy, cetakan kedua, 1392.
[7] HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ (1/269) mengatakan bahwa sanad hadits ini jayid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269.
[8] Lihat penukilan ijma’ (kesepakatan ulama) yang disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Iqtidho’ Ash Shirotil Mustaqim, 1/363, Wazarotu Asy Syu-un Al Islamiyah, cetakan ketujuh, tahun 1417 H.
[9] HR. Ad Darimi. Dikatakan oleh Husain Salim Asad bahwa sanad hadits ini jayid (bagus).
[10] Ahkam Ahli Dzimmah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/441, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1418 H.
[11] Ash Sholah wa Hukmu Tarikiha, hal. 7, Dar Al Imam Ahmad
[12] Al Kaba’ir, hal. 26-27, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah.
[13] HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani. Lihat Misykatul Mashobih no. 574
[14] HR. Muslim no. 1163
[15] HR. Bukhari no. 568
[16] Syarh Al Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, Asy Syamilah.
[17] HR. Muslim no. 6925
[18] HR. Bukhari no. 10 dan Muslim no. 41
[19] Syarh Al Bukhari, Ibnu Baththol, 1/38, Asy Syamilah
[20] Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 5/69, pada tafsir surat Al Isro’ ayat 26-27
[21] HR. Tirmidzi. Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini shohih.
[22] Al Fawa’id, hal. 33
[23] Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6/553, pada tafsir surat Fathir ayat 37.
Sumber dari eramuslim.com