Jumat, 31 Januari 2014

Lady Evelyn Cobbold: Wanita British Pertama Menunaikan Haji

Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan, dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang. Hidup sebagai bangsawan laksana hidup di sebuah negera dongeng dengan sekali perintah segala keinginan boleh menjadi kenyataan. Begitu juga yang dialami oleh Lady Evelyn Cobbold .

Sesuai dengan gelaran Lady yang melekat pada namanya, Evelyn Cobbold lahir sebagai seorang anak bangsawan. Lahir dengan nama Evelyn Murray di Edinburgh pada 17 Julai 1867, Evelyn merupakan anak tertua dari bangsawan Scotland, Charles Adolphus Murray, Pangeran Dunmore ke-7 dan Lady Gertrude Coke, anak perempuan dari Pangeran Leicester kedua. Dengan takdir hidup yang dijalaninya sebagai anak bangsawan, sejak kecil Evelyn merasa berbagai macam kenikmatan. 
lady evelyn cobbold 490x326 Lady Evelyn Cobbold: Wanita Mualaf Inggris Pertama yang Pergi Haji
Evelyn Cobbold a.k.a Laddy Zainab
Namun, Evelyn dan keluarganya berhijrah mengikut ayahnya ke Wilyah yang lebih eksotik di Afrika Timur. Sejak itu kehidupan Evelyn banyak dikelilingi pembantu tempatan dari penduduk asli Mesir dan Algeria. Evelyn banyak menghabiskan musim sejuk bersama dengan pembantu tersebut dan kehidupannya juga banyak dipengaruhi oleh cara-cara Islam dan tradisi Arab.

Tentang kehidupan masa kecilnya, Evelyn menulis: "Aku menghabiskan musim sejuk di Vila Moorish, di sebuah lembah di luar Algeria. Di sanalah aku belajar bahasa Arab dan yang paling aku gemari adalah saat melarikan diri dari status bangsawanku dan melawat masjid bersama teman-teman Aljazairku. Tanpa sedar, aku merasa menjadi seorang Muslim di dalam hatiku.

"Beberapa tahun berlalu dan aku tinggal di Rom bersama beberapa rakan Itali dan tuan rumah menawarkan aku adakah aku mahu bertemu Paus. Tentu saja saya sangat mahu. Kemudian, semasa Yang Mulia Paus tiba-tiba bertanya adakah aku seorang Katolik, beberapa saat lamanya aku tidak menjawab untuk kemudian berkata bahawa aku seorang Muslim."

Untuk seorang wanita bangsawan, umur seperti Evelyn adalah lewat dalam bab pernikahan. Dia berkahwin pada usia 24 tahun dengan John Dupuis Cobbold, seorang lelaki keturunan keluarga pembuat bir yang kaya raya di sebelah timur Inggeris. Mereka bertemu di Kaherah dan berkahwin di sana pada April 1891. Pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga orang anak yang lahir antara tahun 1893 hingga 1900.

Pada tahun 1900, Lady Evelyn melakukan perjalanan tanpa suaminya. Dia kembali ke Afrika Utara tahun 1911 pada usia 43 tahun dan melakukan perjalanan di Mesir. Pada tahun 1912, buku tentang perjalanannya tersebut diterbitkan dengan judul Wayfarers in the Libyan Desert. Sejak saat itulah dan seterusnya, pengakuan dirinya sebagai seorang Muslim semakin meningkat. Lady Evelyn kemudian menukar namanya menjadi Lady Zainab .

Setiap musim sejuk Lady Zainab melawat Mesir dan sejak tahun 1915 dia menjalin persahabatan dengan Marmaduke Pickhall, dengan seorang Inggeris Muslim yang menghasilkan salah satu penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Inggeris yang sangat dihargai.

Pada tahun 1920, maklumat yang bersifat jenaka menyebarkan bahawa Lady Evelyn masuk Islam menjadi penyebab kerenggangan hubungannya dengan keluarga Cobbold. Akhirnya, pada tahun 1922 Evelyn dan suaminya rasmi bercerai. Evelyn memperoleh harta yang sangat banyak, termasuk hutan mengandungi rusa di Glencarron. Harta tersebut menjadikan dirinya sebagai wanita terkaya di wilayahnya. Selepas kematian suaminya pada tahun 1929, Evelyn mula serius untuk melakukan perjalanan haji ke Mekah.

Keseriusannya pergi mengerjakan haji diwujudkan dengan mengemukakan permohonan ke Hafiz Waba, Menteri Arab Saudi di London yang kemudian menuliskan surat permohonan rasmi kepada Raja Abdul Aziz di Riyadh. Lama permohonan tersebut untuk dibalas. Bukan sifat Evelyn untuk menunggu, dia kemudian menghantar surat perkenalan kepada Harry St . John (Abdullah Philby) di Jeddah. Philby sendiri telah menjadi Muslim sejak tahun 1930. Sambil menunggu izin dari Raja, Philby lah yang menetapkan perjalanan menggunakan kereta ke Madinah.

Akhirnya, pada tahun 1933, keinginan evelyn untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan selepas Raja Abdul Aziz mengabulkan permohonannya.
Pilgrimage to Mecca di tulis oleh Lady Evelyn Cobbold
Demikianlah kisah Lady Evelyn Cobbold, seorang wanita bangsawan Inggeris pertama yang menunaikan haji ke Mekah. Bahkan, boleh dikatakan bahawa Lady Evelyn lah wanita asli kelahiran Inggeris pertama yang melakukan perjalanan haji. Kisah perjalanan haji Evelyn dituliskan dalam buku yang berjudul Pilgrimage to Mecca ( ​Berhaji ke Mekah).

Dalam sejarahnya, tidak banyak fakta yang didapati bahawa Evelyn secara rutin melaksanakan ibadah solat. Namun, diyakini bahawa dia telah mengisytiharkan syahadah dan mengerjakan haji menjadi puncak membuktikan dunia sebagai Muslim. Lady Evelyn Zainab meninggal 30 tahun selepas menunaikan haji, tepatnya pada Januari 1963, salah satu bulan yang paling sejuk dalam sejarah Inggeris. Evelyn dikebumikan mengikut syariat Islam di kawasan Glencarron.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Video: Bekas US Navy Lempar Al-Quran Ke Lantai

Ben Smith lempar Quran saat pidato
Bekas tentera US Navy Seal Ben Smith melempar Al-Quran ke lantai ketika berpidato. Rakaman video Ben Smith telah tersebar di Youtube dan dilaporkan worldulletin.com, Rabu (29/1). 

Dalam rakaman 3 minit 23 saat itu, Ben Smith menuduh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan pemerintahannya adalah Marxis menyamar yang membiayai Al-Qaeda, Ikhwan Muslimin dan Arab Spring untuk membentuk negara Islam di Timur Tengah. 

Propaganda sayap kanan itu kemudian melemparkan Al-Quran ke lantai dan disambut dengan tepuk tangan dari penonton. 

Dia juga mengatakan bahawa Obama tunduk kepada raja Saudi dan bekerja sama dengan Iran dan menuduhnya bersalah atas pengkhianatan. 

Ben Smith juga mengatakan Islam disebarkan dengan jihad, tidak ubahnya seperti Nazi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com

Terusan Suez Idea Umar Bin Khathab

Terusan Suez ternyata adalah sebuah karya agung berdasar idea dan gagasan cemerlang sekaligus membuktikan kepintaran Amirul Mukminin Umar Bin Khathab raddiyallahu'anhu .

Idea genius beliau menyambung Laut Merah dan Laut Putih Tengah kerana adanya potensi domestik yang sudah dikenali pada zamannya. Kepintaran beliau patut kita berbangga dengan kemampuan beliau itu dapat mewujudkan sebuah projek dalam masa relatif singkat sehingga terusan tersebut boleh dilalui oleh kapal.

Di musim sejuk tahun 641-642 M, Amru bin Ash ra membuka terusan yang menghubungkan antara laut Qalzim dengan Laut Romawi atau di kedudukannya sekarang dikenali dengan nama Terusan Amirul Mukminin.
suez canal 490x276 Terusan Suez; Master Piece Umar bin Khattab

Al Qadha'i bercerita, Umar bin Khattab ra mengarahkan pada Amru bin Ash ra pada masa musim kemarau untuk mengorek teluk yang berada di samping Fusthath kemudian mengalirkan air sungai Nil hingga laut Qalzim.

Belum setahun, teluk ini pun sudah boleh dilalui oleh kapal dan digunakan untuk mengangkut logistik ke Mekah dan Madinah. Teluk ini juga dimanfaatkan penduduk dua tanah suci itu hingga disebut Teluk Amirul Mukminin.

Al Kindi bertutur bahawa teluk itu telah dieksploitasi pada tahun 32 H dan selesai hanya dalam masa 6 bulan. Kapal-kapal sudah boleh lalu menyusuri teluk hingga di Hijaz bulan ke tujuhnya.

Terusan ini sangat membantu penduduk Mesir hingga era Khalifah Abu Ja'far Al Manshur yang memutuskan aliran dan sokongan Mesir terhadap penentangan Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Abi Talib di Hijaz .

Sebahagian sejarah juga menyebut bahawa Amru bin Ash telah memikirkan untuk menyambung 2 laut putih dan Merah, namun dia seolah-olah yang dimaksudkan adalah terusan lain yang membelah antara Selat Timsah dengan Barzah, antara Mesir dan Sinai hingga Laut Tengah. Tapi rancangan ini dibatalkan kerana alasan pertimbangan ketenteraan yang ada pada zaman itu.

Pada masa Khilafah Utsmaniyyah, teluk ini dibersihkan tiap tahun. Pada Musim sejuk, teluk ini biasanya ditutup kerana telah dieksploitasi dan dibersihkan seperti perayaan( biasanya pada bulan Ogos). Lumpur yang dikorek diangkat dan ditimbunkan di bahagian tebing kanan dan kiri teluk.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Kamis, 30 Januari 2014

Petua Imam Syafie Untuk Lelaki

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim 

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 

*Sumber dari facebook Udo Kidam

Rabu, 29 Januari 2014

30 Keajaiban Selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

*Sumber dari dirihamba.blogspot.com

Selasa, 28 Januari 2014

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

*Sumber dari harmoni-my.org/arkib/1001kisah

Senin, 27 Januari 2014

Tempat Sujud Malaikat Jibril Disebelah Kanan Pintu Kaabah

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1619278_736433539701955_1960030459_n.jpg
Tempat Sujud Jibril a.s.
Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni lima kali diawal waktu dan lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah didalam kitab Al-Quran yang mengkehendakki kita solat diwaktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yg kedua selepas Shahadah.

Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah soLat waktu. Ada Duyufur_Rahman yg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika solat disitu.
Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu.

*Dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Minggu, 26 Januari 2014

Tentera Yang Berjaya Merealisasikan Sabda Rasulullah SAW

Sebaik-baik Ketua Dan Tentera

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.



Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin...

*Sumber dari gptd-alfatih.blogspot.com

Sabtu, 25 Januari 2014

Asal Usul Bekas Tapak Kaki (Maqam) Nabi Ibrahim A.S

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja- kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

*sumber dari harmoni-my.org/arkib/1001kisah

Jumat, 24 Januari 2014

Kisah Abu Hurairah dan Ayat Kursi

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak- geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar- benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Kamis, 23 Januari 2014

Ketika Berada Di Syurga, Para Penghuninya Bernostalgia Kehidupan Dunia


Allahu Ta’ala berfirman.

فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ

قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ

"Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap cakap. Berkatalah salah seorang di antara mereka, " Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman ... " (As- Shaffat 50-51)

"Dan sebahagian mereka menghadap sebahagian yang lain, saling tanya menanya. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut akan di azab. Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka." (Ath Thur 25-27)

Ibnu Abu Dunya menyebutkan hadith dari Rabi ' bin Shabih dari Hasan dari Anas bin Malik yang meneruskannya dari Rasulullah SAW,

"Jika penghuni Syurga telah memasuki Syurga, maka setiap orang dari mereka merindukan pertemuan dengan saudaranya yang lain. Maka katil si Fulan berjalan menuju katil si Fulan. Katil si Fulan berjalan menuju katil si Fulan hingga keduanya berkumpul dan si Fulan ini bersandar di bahu si Fulan. Salah seorang bertanya kepada sahabatnya, " tahukah engkau, bila Allah memberi keampunan kepada kita? " Sahabatnya menjawab, ' Pada hari ini dan itu di tempat ini dan itu, kita berdoa kepada Allah lalu Allah memberi keampunan kepada kita. "

Sumber : Ibnu Qayyim Al Jauziah dalam Hadil Arwaah ila Bilaadil Afraah

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

*Sumber dari harmoni-my.org/arkib/1001kisah

Rabu, 22 Januari 2014

Zaman Khilafah Utsmaniah Setiap Pintu Rumah Ada Dua Pengetuk

pasar islam 490x326 Dua Pengetuk Rumah di Masa Dinasti Ustmani


Ketika era Kerajaan Khilafah Utsmaniah, setiap pintu rumah disediakan dua pengetuk, salah satunya kecil dan yang lain besar. Ketika pintu diketuk oleh pengetuk kecil, maka dapat diketahui yang mengetuk iyu adalah seorang perempuan, maka yang keluar untuk membuka pintu adalah si Isteri pemilik rumah. 

Sedangkan ketika pintu diketuk oleh pengetuk besar, maka dapat diketahui yang mengetuk adalah seorang lelaki, maka suamilah yang berhak untuk membuka pintu. 

Ketika pemilik rumah sakit, maka diletakkan di depan rumahnya bunga mawar merah sebagai tanda kepada pejalan kaki dan orang-orang yang lalu-lalang bahawa di rumah tersebut ada yang sedang sakit, sehingga mereka tidak menimbulkan suasana bergaduh atau meninggikan suara di depan rumahnya. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Selasa, 21 Januari 2014

Tangisan Rasulullah SAW Menyebabkan Para Malaikat Lupa Bertasbih

Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.

"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.

Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "

Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya. "

Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."

Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari
sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Senin, 20 Januari 2014

Tukang Sikat Rambut Anak Firaun

Di zaman dahulu, Firaun, Raja Mesir ada mempunyai pekerja yang bekerja untuk menyikat rambut anak-anak perempuannya. Pada suatu hari dengan kehendak Allah, terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah sehingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat anak perempuan Firaun, ditakdirkan jatuhlah sikat itu daripada tangannya.

Lantas secara spontan, terkeluarlah perkataan, 'Dengan nama Allah celakalah Firaun' dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu, lalu berkatalah dia kepada Masitah, "Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?"

Masitah menjawab, "Ya, memang ada."

Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah, "Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?"

Masitah pun menjawab ringkas, "Ya , baiklah."

Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya kan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut, Firaun pun memerintahkan supaya Masitah dibawa mengadap kepadanya.

Apabila Masitah datang mengadapnya, lalu Firaun pun bertanya kepada Masitah. Katanya yang berbunyi, "Apakah ada Tuhan selain dariku?"

Masitah menjawab dengan tegas, "Tuhanku ini adalah Allah (Wajibul Wujud)."

Mendengar jawapan itu, Firaun pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah supaya mengubah pendiriannya atau membuangkan keimanannya itu. Setelah beberapa cara atau bermacam-macam pujukan dilakukan, namun Masitah tetap dengan pendiriannya. Malah, Masitah memberikan jawaban dengan tegas, "Allah Tuhanku dan Tuhanmu sekalian."

Mendengar yang demikian, bertambah murkalah Firaun lalu digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. "beta akan bunuh sekalian keluargamu!" gertak Firaun.

"Baiklah," jawab Masitah. "Akan tetapi, ada permntaan hamba yang harus tuanku tunaikan iaitu hamba mahu sekiranya kalau tuanku akan membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini di suatu perkuburan."

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum masitah dan anak-anaknya serta suaminya.

Dengan panasan minyak yang mendidih di atas api, lalu dilontarkan anak-anak Masitah dan suaminya. Kini tinggallah Masitah dengan anak kecilnya yang sedang dalam pangkuannya yang masih menyusu. Betapa pilu dan sedihnya tidaklah dapat dibayangkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk memasuki minyak yang panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun kerana melihat anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Lalu dengan kudrat Allah, anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya, "Wahai ibuku, masuk sajalah ke dalam belanga ini. Sesungguhnya ibu berada di atas pihak yang benar."

Dengan demikian, apabila didengar saja perkataan tersebut, maka bertambah beranilah ia untuk masuk ke dalam belanga itu. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut.

Maka berakhirnya riwayat hidupnya di atas dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannyakepada Allah S.W.T. dengan penuh kejayaan. Setelah selesai peristiwa tersebut, maka Firaun pun menitahkan kepada hulubalangnya supaya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum ia dibunuh.

Oleh kerana teguhnya iman terhadap Allah dan kesungguhan tekad di dalam hati mereka masing-masing, lantaran tidak ada was-was dan ragu-ragu di dalam menghadapi percubaan dan perjuangan iman, maka Allah mengharumkan kuburnya sampai bertahun-tahun lamanya.

Daripada kisah ini, kita yakin bahawa iman seseorang kepada Allah tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji bagi menentukan sejauh mana teguhnya keimanan itu.

Sebagaimana firman Allah yang bererti, "Adakah manusia itu mengerti bahawa mereka akan diberikan sahaja berkat, kami telah beriman. Dengan tiada mendapat cubaan daripada Allah."

Kita hari ini harus bersyukur kerana kita tidak menghadapi ujian seperti yang dilalui oleh Bilal R.A., Masitah, Sumaiyyah, Ammar dan sebagainya, tetapi hari ini apabila Allah S.W.T. menguji kita dengan sedikit sahaja, kita sudah mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah S.W.T.

Misalnya apabila kita sakit, kita akan segera mengeluh tanpa memikirkan apakah sakit kita ini sama dengan sakit yang ditanggung oleh Nabi Ayyub A.S. Kita sepatutnya bersyukur kerana itu adalah kehendak Allah ke atas kita. Ia juga adalah untuk keselamatan dan kebaikan kita. Mungkin dengan sakit yang diberikan kepada kita itu akan menghalang kita daripada memakan sesuatu yang akan memudaratkan terhadap kesihatan kita. Allah itu lebih mengetahui dan Dialah yang paling layak untuk mentadbirkan diri kita.

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com

Minggu, 19 Januari 2014

Kisah Keberkatan Disebalik Bacaan Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.