Soalan Saya ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya?
Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di rumah.
Jawapan
Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.
Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.
Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)
Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.
Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
Gabungan antara fundamentalis sayap kanan di Israel, Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dengan Parti Yisrael Beiteneu yang dipimpin Menteri Luar Avigdor Lieberman serta populariti sayap kanan yang semakin meningkat di mata rakyat Israel menandakan kecenderungan rakyat Israel mempunyai pandangan yang sama dengan pemimpin sayap kanan. Merkea mempunyai cita-cita untuk membina Israel Raya.
Tidak pelik apabila Israel terus menolak langkah-langkah perdamaian yang dianjurkan oleh AS yang sebenarnya sudah sangat menguntungkan bagi kepentingan masa depan Israel. Idea dua negara Palestin-Israel yang digagaskan oleh AS itu tidak mempengaruhi pemimpin Israel, khususnya sayap kanan. Netanyahu menolak mentah-mentah idea dua negara itu. Idea dua negara itu hanyalah malapetaka bagi keselamatan Israel.
Hakikatnya politik Zionis itu mahu membangkitkan kembali entiti Yahudi, yang berselerak di seluruh dunia serta menyatukan kembali ke dalam satu bangsa dan hidup di tanah yang 'dijanjikan' iaitu Palestin. Gerakan Zionisme itu meniru gaya penjajahan Barat secara politik. Selama beberapa dekad gerakan Zionisme itu belajar dan berkhidmat kepada Barat dengan mewujudkan kepentingan-kepentingan bersama antara keduanya. Sangatlah wajar jika sekarang berlaku apa yang disebut 'mutualisma simbiosis' antara Zionisme dengan Barat.
Gerakan Zionisme mempunyai tujuan akhir yang hendak diwujudkan dan bukan hanya ingin mendirikan negara Israel Raya tetapi mempunyai tujuan yang lebih luas diantaranya:
1. Gerakan Zionisme mempunyai tujuan akhir mendirikan Kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman yang menjadi sebuah mitos dikalangan masyarakat Yahudi. Ia akan dibina oleh kalangan Zionis yang sangat aktif secara politik dan ideologi.
2. Menguasai kuasa ekonomi dan sumber alam untuk menguatkan gerakan zionis terutama bagi membina negara yang menjadi 'Kerajaan' Nabi Daud dan Sulaiman.
3. Menanamkan doktrin Zionisme kepada orang-orang Yahudi di seluruh dunia seperti doktrin tanah yang dijanjikan iaitu Palistina dan menjadi hak mutlak bagi mereka. Kerana itu, tidak ada entiti lain yang mempunyai hak hidup di kawasan itu.
4. Karakter hubungan saling berkaitan antara politik dan ekonomi itu sudah menjadi ideologi Zionisme dan sangat mempengaruhi dalam setiap gerak dan langkah yang mereka lakukan. Oleh itu, setiap gerakan Zionisme berusaha melakukan penguasaan terhadap setiap kerajaan di dunia dan menguasai ekonomi mereka.
5. Menciptakan langkah-langkah strategik yang tujuan melemahkan perjuangan bangsa Arab dan Islam dalam menghadapi Zionis-Israel dengan politik adu-domba (divide at impera), menanamkan sekulerisme yang menghilangkan fanatik terhadap agama (Islam) dan mendorong agar fahaman pluralisme itu menjadi ideologi. Dengan cara itulah gerakan-gerakan yang menentang Zionisme akan menjadi lemah. Masyarakat muslim sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadp agama mereka sendiri.
Gerakan Zionisme ini berdiri kukuh di atas landasan yang besar iaitu Yahudi itu bukan sekadar konsep agama juga negara yang disokong dengan ideologi menjajah melalui cara penguasaan, baik secara politik dan ekonomi yang disokong dengan ideologi. Inilah hakikat Zionisme yang ada pada akhir zaman ini.
Tidak mungkin lahirnya Palestin yang merdeka hanya melalui belas kasihan Israel, seperti apa yang sudah dilakukan Mahmud Abbas dan Pertubuhan Al-Fatah sekarang ini yang berkhidmat kepada Israel. Palestin yang merdeka tidak mungkin akan menjadi kenyataan dengan melalui meja rundingan dan perdamaian. Negara haram Yahudi itu tidak mahu melihat Palestin menjadi sebuah entiti politik yang wujud dan berdaulat. Yahudi hanya mahu melihat Palestin itu sebagai sebuah bangsa kelas kedua yang hidupanya bergantung oleh belas kasihan dari negara haram Yahudi.
Inti sari konsep Zionisme itu adalah sikap panatisme dan ortodok yang sangat mendalam dan tidak mungkin akan berubah. Mereka mempunyai gambaran yang sesuai tentang negara yang membentang dari Sungi Nil (Mesir) sehingga Sungai Eufrat (Iraq). Inilah yang menjadi bentuk kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman di era Benyamin Netanyahu sekarang ini.
Apakah konsep Zionisme yang membina kerajaan Daud dan Sulaiman itu sudah menjadi kenyataan? Secara wilayah, negara itu mungkin belum wujud lagi. Tetapi, secara substansi (hakikat), sebenarnya negara-negara jiran Israel itu sudah menjadi wilayah negara Israel. Kenapa? kerana, negara-negara di sekeliling Israel itu sudah mengabdikan diri mereka kepada kepentingan Israel. Mereka bukanlah sebuah negara yang berdaulat yang boleh menentukan dasar mereka secara bebas.
Kes yang sangat jelas dilihat apabila Israel menyerang Gaza. Tidak ada satu negara Arab pun di sekelilingnya yang berani menentang Israel. Mereka menyokong tindakan pencerobohan haram Israel ke atas wilayah berdaulat Gaza. Mereka menyerang bertujuan untuk menumpaskan 'pengganas' Hamas. Para pemimpin Arab seperti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak, Raja Arab Saudi Abdullah, Raja Jordan Abullah dan Presiden Syria Bashar Assad dan Presiden Lubnan Rafiq Hariri membiarkan rakyat Palestin dihancurkan oleh Israel.
Jadi Kerajaan Daud dan Sulaiman hakikatnya sudah berdiri di tanah Arab, yang meliputi dari sungai Nil (Mesir) hingga ke sungai Eufrat (Iraq). Walaupun wilayah itu masih belum mempunyai pemerintahan tunggal seperti presiden , mahupun raj , tapi semuanya telah mengabdi diri mereka kepada Zionis Yahudi Laknatullah.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
1.ketika aku masih kecil aku memang tidak kenal erti kesusahan..yang aku tau bila lapar makan..pernah satu hari nasi yang ku makan tidak cukup lalu ibu memberi sebahagian nasinya padaku..katanya makanlah ibu tidak lapar
2.sejak ayahku meninggal ibu sering pergi menangkap ikan untuk mencari lauk untuk dimakan..aku lihat ibu hanya memakan sisa2 daging yang melekat di tulang ikan..bila aku memberinya ikan ibu kata makanlah ibu tak makan ikan
3.ketika aku di sekolah rendah aku pernah mengajak ibu untuk menemani ku ketika peperiksaan..dari dalam dewan kekadang aku lihat ibu sapu peluh di dahi akibat cuaca panas di luar..ketika keluar dewan aku terus meluru kearah ibu lalu ibu tuangkan air kopi yang dibawa dari rumah..aku bagi ibu air tp ibu menolak dengan alasan ibu tak dahaga.
4.ibu juga pernah berjaga malam untuk buat kuih jualan bagi menampung hidup kami.bila aku terjaga aku nampak ibu tersengguk-sengguk..aku menghampiri ibu..aku tanya kenapa ibu masih tak tidur..ibu cakap kamu tidurla dulu,ibu belum mengantuk
5.pernah orang kampung mahu memberi bantuan kepada keluarga kami...tak kurang jgk yang mau ibu kahwin lagi tuk menemani ibu.tapi ibu cakap ibu tak sunyi.
6.apabila aku dewasa setelah habis belajar aku mendapat pekerjaan yang baik..aku pernah mempelawa ibu untuk bercuti ke luar negara..kerana bagiku pada waktu seperti ini ibu sepatutnya berehat..tapi ibu kata tak pe lah,ibu tak biasa kat tempat orang
7.abang,kakak dan aku pernah mengirim duit untuk ibu belanja tapi ibu bagi balik duit tu..kata ibu,ibu tak susah..ibu ada duit
8.hari tu ibu sakit dan perlu membuat pembedahan..aku segera pulang menemui ibu..ketika di hospital ibu senyum melihat aku..aku tau ibu sakit akibat dari pembedahan itu..tapi ibu tetap senyum dan kata jangan la nangis ibu tak sakit..
9.kini akhirnya ibuku telah tiada..aku memang menyayangi ibu tapi dalam tempoh aku bersama ibu belum pernah aku memberitahunya "ibu aku sayang padamu"..
Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz.
Jawapan:
Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang. Dalilnya ialah hadis berikut:
Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11]
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?
Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.
Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam:
Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
Menjadi perhiasan tanpa berhias.
Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
Membina benteng tanpa pagar.
Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
Menutupi segala aib dan masalah.
Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." - Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya'
Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." - Musnad Imam Ahmad
*Dipetik dari artikel "Apa Yang Rasulullah Ajar Tentang Diam?" sumber www.tarbawi.my
Begini ke cara syaitan menghasut? begini kah mudahnya wanita menunjuk auratnya? ya Allah lindungi lah kami hamba-hamba mu yg hina lagi keji dari Syaitan yang direjam...lindungi lah keluarga kami sahabat kami saudara mara kami dan yg seislam dengan kami...
Pada suatu malam di musim panas tahun 1918 M di salah satu perkampungan miskin di Bandar Surat berhampiran sempadan barat India, lahirlah seorang bayi dari pasangan suami isteri muslim. Dia adalah anak pertama mereka ketika mereka sudah mencapai usia tua.
Kanak-kanak ini hidup sebagaimana kebanyakan kanak-kanak yang lain di perkampungan miskin tersebut. Tidak ada yang membezakan antara dirinya dengan yang lain dalam masalah pergantungan kepada kedua orang tuanya dan juga dari segi kecerdasan. Dia mempunyai wajah bulat dan tembam, kulit kehitam-hitaman, tingginya sedang dan penuh bersemangat. Dia selalu mengagumi dengan segala sesuatu dan tidak ada yang menghentikan sifat ingin tahu dalam diri dengan pelbagai persoalan di kepalanya. Ketika usianya mencapai 9 tahun, bapanya mempunyai hasrat untuk berhijrah bekerja dengan anak bapa saudaranya dengan tujuan mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Terasa berat kehidupan di India kerana kepadatan jumlah penduduk yang tinggi dan faktor kekuasaan Inggeris pada masa itu. Oleh kerana itu dia memberitahu hasratnya itu kepada isterinya. Kerana sangat menyayangi anaknya, dia ingin jika anaknya turut bersamanya dan berjanji kepada isterinya yang dia akan kembali semula selepas setahun. Isterinya merelakan pemergiannya dengan berat hati. Akhirnya, ayah kanak-kanak tadi berhijrah dan menetap di Kota Dirban untuk beberapa ketika pada tahun 1927 M. Bandar tersebut adalah salah sebuah bandar di Afrika Selatan. Dia berada di bawah tanggungan anak bapa saudaranya dan anaknya pula bersekolahkan di sana. Masa terus berlalu, sudah lapan bulan mereka tinggal disana dan anaknya menunggu masa untuk mendapatkan kembali pelukan ibunya. Beberapa hari selepas itu mereka mendengar berita kematian ibunya. Dua beranak ini terpukul dengan berita kematian tesebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di Afrika Selatan buat selamanya. Mereka tinggal di bahagian selatan bandar Dirban. Di sana terdapat perkampungan bangsa Negro. Dia melakukan banyak pekerjaan dan mampu untuk menyara anaknya. Masa terus berlalu, seiring dengan usia dan kesihatan juga mula terganggu. Selepas tujuh tahun menempuhi liku-liku kehidupan bersama anaknya yang masih bersekolah, bapa kanak-kanak tersebut telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1934 M ketika berusia 16 tahun. Dia menamatkan pengajiannya dan mencari pekerjaan. Dia menetap di perkampungan bangsa Negro tersebut yang dia sendiri tidak mengetahui siapa yang akan melindunginya sedangkan negeranya sendiri dan saudara-maranya yang berada di seberang laut tidak mungkin mampu menyeberang untuk membantunya. Dia banyak bertukar pekerjaan. Akhirnya dia bekerja di sebuah kedai yang pemiliknya adalah seorang Nasrani. Dia adalah salah seorang dari lelaki kulit putih yang tinggal di Afrika Selatan. Pemilik kedai tersebut melihat pada diri remaja itu tanda-tanda kelebihan, amanah, ikhlas dan kejujuran. Sedikit demi sedikit dia mempercayai remaja itu dan berbuat baik kepadanya. Segala-galanya berjalan lancar dan dia bekerja dengan gembira. Suatu ketika ketenangan tersebut terusik dengan berhembusnya "angin kencang". Pada suatu hari, seorang pendeta Nasrani melawat sahabat karibnya iaitu pemilik kedai tersebut. Semasa mereka berbual, pendeta itu melihat remaja tersebut dan dari riak wajahnya seperti bukan penduduk asli Afrika Selatan. Dia boleh bercakap Bahasa Inggeris, Bahasa Zulu [bahasa negara-negara Afrika Tengah dan Selatan] dan Bahasa Urdu [bahasa daerah asalnya]. Remaja itu mempunyai wajah berseri-seri dan cekap dalam berkerja. Usianya ketika itu dalam lingkungan 18 tahun. Pendeta tersebut bertanya kepada sahabatnya: "Siapa nama anak ini?" Si pemilik kedai menjawab: "Namanya xxxxx" Pendeta tersebut bertanya dengan perasaan terkejut: "Seorang Muslim?" Si pemilik kedai menjawab : "Ya!" Maka Pendeta itu berkata: "Tidakkah kau tahu bahawa mereka menghina Tuhan kita? dan berkata bahawa Dia adalah Hamba [bukan Tuhan] ? " Pemilik kedai itu berkata: "Akan tetapi dia adalah seorang yang jujur dan dipercayai! Pendeta itu berkata: "Walaupun seperti itu, dia harus masuk Nasrani atau keluarkan dia tanpa di ampun!" Akhirnya, pendeta itu berjaya menyebarkan fitnah di hati sahabatnya dan dia memanggil remaja tersebut. Pemilik kedai itu berkata: "Aku ingin menyelamatkan dari kesesatan!" Remaja itu menjawab: "Apa itu?" Pemilik kedai tersebut berkata: "Sesungguhnya pendeta ini adalah agamawan yang mulia, dia ingin menyelamatkan pengikut Tuhan yang hilang dan menolong agar engkau menyelamatkan dirimu sehingga Tuhan akan memberkati!" Remaja ini mengetahui kesanya iaitu menjadi murtad, maka dia berkata: "Tidak, saya Muslim!" Maka pemilik kedai itu berkata: "Fikirkan dulu sebelum membuat keputusan!" Namun remaja itu tetap menolak kerana dia mengetahui kecuali ada satu sembahan yang berhak disembah yakni Allah, ada pun Isa adalah Nabiyullah yang muli , tidak lebih. Maka berkatalah pendeta tersebut menclah pembicaraan remaja itu dan marah dengan keteguhannya terhadap agaman dan menolak murtad. "Apakah kamu tidak tahu bahawa Islam adalah agama berhala, kamu tawaf di rumah [Kaabah] yang didalamnya ada batu dan Rasul kalian beristerikan 9 wanita!" Kemudian pendeta itu menyebutkan semua kekeliruan dan perbohongan tentang Islam tetapi pendeta itu masih belum dapat meluluhkan hatinya. Remaja itu hanya diam untuk menghormati pemilik kedai dan dia berkeyakinan bahawa pemilik kedai hanya membantu sahabatnya si pendeta itu. Akan tetapi beberapi hari selepas itu, pemilik kedai kembali kepada kebiasaannya peranganya yang suka mencela dan memerangi Islam dengan keyakinannya. Dia tidak boleh membantah kekeliruan itu kerana dia tidak tahu hal tersebut secara sempurna. Maka dia mengambil keputusan yang berada di luar garis kehidupannya, dia memutuskan untuk mempelajari selok belok agama Nasrani. Untuk permulaan, dia mendekati mubaligh untuk mempelajari kitab-kitab mereka secara ilmiah. Dia memperhatikan Injil, mempelajarinya hingga menghafalnya. Dia membandingkannya dengan Al-Quran dan dia mendapati terdapat banyak perbezaan. Namun dia belum merasa cukup dan belum hilang hausnya. Maka dia melakukan perjalanan untuk membela Islam. Pertama, dia mengajak untuk berdebat dengan pemilik kedai iaitu tempat dia bekerja. Dia berdebat begitu hebat sehingga pemilik kedai itu tidak mampu untuk berhujah. Kemudian dia mencabar beberapa pendeta dan dia boleh menjatuhkan mereka melalui tangan mereka sendiri dan mereka tidak dapat mempertahankan kebenaran keyakinan mereka di hadapan ribuan orang yang membanjiri forum debat mereka. Dia mahu menutup mulut orang Nasrani selamanya agar tidak lancang menghina Islam. Dia berhenti kerja di kedai nasrani tersebut. Dia mula menemui orang-orang Nasrani yang datang ke Afrika Selatan dan mengajaknya berdiskusi. Ketika dialog dan debat yang dia lakukan telah banyak dan usianya mencapai tiga puluhan tahun, dia mula berdialog dengan kalangan pendeta Nasrani. Semenjak hari itu, suaranya ibarat petir yang menggelegar hingga negara-negara barat Nasrani. Gema yang menggoncangkan dewan Vatican. Pembicaraanya bergema di barat dengan perbincangan dan dialog yang terkenal dan melambungkan reputasinya. Dia terus mencabar dan gaungnya tetap menggema hingga hari ini. Pembicaraan meliputi pertentangan dalam kitab Injil, pusat-pusat kajian Nasrani dan banyak instituso tinggi di barat membentuk jawatankuasa untuk menangkis dan berhujah di dalamn buku-buku mereka melalui penelitian dan kajian yang serius. Pemilik kedai dan sahabatnya itu telah membangkitkan akal dan hati anak muda muslim ini. Mereka telah membangunkan anak muda yang lemah lembut itu hingga menggemparkan dunia dan menggegarkan Vatican, menggetarkan gereja-gereja mereka dan membongkar banyak kekeliruan dalam agama mereka. Pemuda tersebut bernama Ahmad Deedat.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com