Rabu, 29 Mei 2013

Disebalik solat sunat subuh 2 rakaat

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.


Selasa, 28 Mei 2013

Ulama' akhir zaman

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)

Ciri-ciri Ulama Fasik

Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya. Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
  1.  Takut untuk menyampaikan kebenaran
  2.  Menyembunyikan ajaran sebenar
  3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
  4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
  5. Hasad dengki dengan yang lain
  6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain
Rujukan sumber dari islam.gov.my & idhamlim.com

Senin, 27 Mei 2013

Mercu kiamat

Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020

Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. …….Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era ” Megatall”.

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing…Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond. 
Kingdom Tower di Najd merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km
Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah (Najd) oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

” Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat…”

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah. Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m  bangunan.

Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan – [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi – [H.R. Bukhari]

Sumber dari petunjukzaman.blogspot.com

Waktu Asar, Isyak dan Subuh

"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".

Seribu Pemuda Islam sedia berjihad di Rohingya

IMG_3685 (FILEminimizer)
Solusi atas pembunuhan kaum Muslim di Rohingya, Myanmar adalah dengan melakukan jihad. Tanpa jihad, kehormatan kaum Muslimin akan terus diinjak-injak rejim tentera dan kaum Budha di sana. Walaupun sebelum itu, usaha diplomasi tetap dilakukan dengan meminta kerajaan dan kaum Budha Myanmar menghentikan tindakan keji mereka.

"Kalau secara diplomasi kerajaan tak peduli, maka kami minta orang-orang Rohingya untuk menyiapkan anak-anak muda di sana tuk membuka (wilayah). Saatnya para mujahidin dunia berdatangan, (wilayah) sudah terbuka, "kata pengurus DPP Front Pembela Islam (FPI) Jakfar Shidiq dalam Majelis Taqarrub Ilallah dan Temu Pembaca Suara Islam ke-33 di Masjid Baiturahman, Jl Sahardjo, Jakarta Selatan, Sabtu (25 / 5/2013).

Selain Jakfar, hadir dalam acara yang dipandu Sekjen FUI KH Muhammad Al Khaththath itu Ketua Umum DPP Gerakan Reformis Islam (GARIS) H Chep Hernawan dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Advokasi Muslim Rohingya-Arakan (Kamra) Bernard Abdul Jabbar.

Menurut Ustad Jakfar, saat ini telah siap 1000 pemuda Islam untuk masuk ke Rohingya membela saudara-saudara mereka yang terbantai. Hal ini dilakukan supaya kaum agama lain tidak lagi menindas umat Islam.

Untuk melengkapkan lengkap seribu orang itu, kata Jaafar, diperlukan dana sekurang-kurangnya Rp10 miliyar. Dana itu akan dihimpun dari umat Islam yang peduli terhadap nasib umat Islam Rohingya. "Saya yakin sampai Ramadhan Rp10 mliyar itu akan terkumpul," katanya mantap.

Rencana ini, lanjut Jakfar, disampaikan oleh FPI secara terang-terangan dan terbuka kepada umat Islam. Sebab jika dilakukan tertutup justru akan dimanfaatkan Densus 88 untuk menterorisasi umat. "Jangan sampai dimanfaatkan oleh Densus 88. Kita dipojokin lagi, "katanya yang akrab disapa Ustadz Jakfar ini.

Supaya tidak dianggap melanggar undang-undang Indonesia, rencananya semua peralatan jihad akan dibeli di luar Indonesia. "Tujuannya suapaya mereka (Myanmar) gentar, kalau kita betul-betul menekan. Sebab kalau tak ada AS, siapa sih Myanmar? "Katanya.

Sumber dari Islampos.com

Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........

Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam….....

Sumber dari facebook

Minggu, 26 Mei 2013

Lima Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)


1.     Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.

2.     MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

 Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

3.     MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maqsudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]"

4.     Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan & menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan & menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang & menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda (s.a.w.) bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maqsudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

 Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, & antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim & menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput & yang makan kenduri tersebut.

5.     Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.


Sumber dari darulkautsar.net/ PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri