Senin, 23 September 2013

Cuai solat 5 waktu

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adala ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. 

Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa.

Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

*sumber dari ustazahanidakwah.blogspot.com

Untuk yang berstatus isteri, bacalah....

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

*sumber dari facebook.com

Minggu, 22 September 2013

Akhir Zaman: Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Dari Tsauban r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.

Maka salah seorang sahabat bertanya:
Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi SAW menjawab,
Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.

Seorang sahabat bertanya,
Apakah wahan itu hai Rasulullah?

Nabi SAW nenjawab,
Cintakan dunia dan takutkan mati.

Hadis Riwayat Abu Daud

*Sumber dari matsumas.org

Biawak padang pasir (Dhab) biawak yang beriman

Kisah ini pernah ditulis oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (1) iaitu kerana rezeki, masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq,dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.
Dhab
"Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi SAW.

Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasyNnya, di bumi itu kekuasaanNnya, dan di lautan itu jalanNya dan di syurga itu rahmatNnya dan dalam neraka itu azabNya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah SWT bahkan menyokong perjuangan Nabi SAW. Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah SAW.

*sumber dari suatuperjalananmaya.com

Wanita muda British berjihad di Syria

Oleh Detik Islam

Dia seorang wanita muda yang tinggi, memakai tudung, lengkap dengan purdah, menembak dengan senapang. Dia bercakap dengan loghat London, dan memanggil dirinya "Maryam".

Itu bukan nama sebenar, tetapi komitmen beliau kepada jihad cukup besar: "Ini adalah saudara-saudara kita dan mereka memerlukan bantuan kita." Beliau ingin untuk melawan, untuk menjadi apa yang dia panggilan syahid. Tetapi dia bukan seorang pejuang barisan hadapan. Dia isteri seorang pejuang, dengan senjata untuk perlindungan sendiri.
Exclusive:
Maryam disamping Abu Bakr
Mereka telah difilemkan oleh Bilal Abdul Kareem untuk Channel 4 News. Bilal Abdul Kareem adalah seorang mualaf dari Amerika membuat liputan tentang kehidupan di kalangan pejuang jihadi barat dan keluarga mereka di Syria.

Katanya, beliau mahu menunjukkan realiti kehidupan ini jihadis asing.

Perkahwinan Maryam bersama suami yang juga seorang pejuang , Abu Bakr, telah diatur oleh ibunya tiga bulan lalu. Dia tidak bertemu dengannya sehingga selepas mereka telah berkahwin.


"Saya tidak dapat mencari sesiapa sahaja di UK yang sanggup mengorbankan kehidupan mereka di dunia ini untuk kehidupan di akhirat ... saya berdoa, dan Allah memutuskan bahawa saya datang ke sini untuk berkahwin dengan Abu Bakr."

Dia masih muda, dia suka menonton bola sepak di TV. Beliau belajar psikologi dan sosiologi di kolej. jika diberbandingkan beliau dengan orang lain di jalan raya, beliau adalah kaya, walaupun mengikut piawaian British beliau adalah miskin.

Beliau berkata, ibu bapanya tahu dia mengembara ke negara yang dilanda perang, tetapi mereka tidak tahu apa yang beliau lakukan di Syria.

Maryam mengakui dia rindukan makanan British, terutamanya kek, makanan ringan dan masakan ibunya.

"Saya akan tinggal di sini kerana saya tidak datang ke sini untuk beliau. Saya tidak mahu untuk kembali ke UK. Saya akan tinggal di sini, membesarkan anak-anak saya, memberi tumpuan kepada bahasa Arab untuk berkomunikasi dengan rakyat Syria.

"Selagi saya mempunyai kereta, saya akan dapat untuk pergi membeli-belah dan melakukan apa yang saya lakukan sekarang."

Ketabahan wanita British. Ya Allah, lindungi lah mereka amin.

Sabtu, 21 September 2013

Brigades al-Qassam beri amaran kepada kumpulan Tamarod


Detik Islam - Gambar (atas) di Facebook yang menunjukkan anggota bersenjata Izz ad-Din al-Qassam memberi amaran kepada kumpulan Tamarod di Gaza yang mahu mengambil bahagian dalam demonstrasi yang dirancang pada Nov 11 akan datang.

Pergerakan Tamarod Gaza telah dibentuk mengikut garis yang sama rakan mereka di Mesir yang telah menggulingkan Ikhwan Islam di sana selepas demonstrasi besar-besaran yang bermula 30 Jun. Pergerakan Tamarod di Gaza dengan matlamat mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas.

Sebahagian daripada kempen media terhadap Tamarod, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pada 6 September lalu di sidang akhbar dan disiarkan oleh Hamas milik Al-Aqsa televisyen, bahawa pihak berkuasa telah menahan beberapa orang yang telah mengaku membuat perancangan untuk membuat kekacauan.
Kumpulan Tamarod di Mesir diketuai Mahmoud Badr dengan foto Hassan Nasrallah syiah hizbullah


Jihad suami isteri di medan tempur


Um Jaafar seorang isteri bergabung dengan pasukan mujahidin Syria a Sawt al-Haq, bersama suaminya Abu Jaafar di Aleppo Syria. Um Jaafar dan Abu Jaafar telah mempunyai anak perempuan yang bernama Faten. Sebelum bertempur Um dan Abu Jaafar bergurau dengan anak perempuannya Faten. Setelah megembirakan buah hatinya, mereka mempersiapkan senjata untuk bertempur melawan pasukan rejim syiah Assad. Um Jaafar bertempur seperti kaum lelaki. Bezanya Abu Jaafar selalu disampingnya untuk melindungi isteri tercinta.



*sumber foto dari berita.plasa.msn.com