Rabu, 23 Oktober 2013

9 orang terkaya di dunia 2013 vs solat sunat

Berikut Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 beserta nilai kekayaan mereka:

10. Christy Walton - Kekayaan : US $ 37,9 M
9. Larry Ellison - Kekayaan : US $ 41.6 M
8. David Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
7. Charles Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
6. Ingvar Kamprad - Kekayaan : US $ 55.5 M
5. Amancio Ortega - Kekayaan : US $ 56M
4. Warren Buffett - Kekayaan : US $ 59.6 M
3. Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M
2. Bill Gates - Kekayaan : US $ 72,7 M
1. Seorang muslim yg solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1382004_453254788117492_2004263996_n.jpg

A. Keutamaannya ( lebih baik dari dunia seisinya )

Dari ' Aisyah di mana Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda,

ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها

" Dua raka'at fajar (solat sunnah qobliyah subuh ) lebih baik daripada dunia dan seisinya. " ( HR. Muslim no. 725)

Dalam lafaz yang lain,

لهما أحب إلى من الدنيا جميعا

" Dua raka'at solat sunnah fajar lebih kucintai daripada dunia seluruhnya" ( HR. Muslim no. 725)

Jika keutamaan solat sunat sedemikian adanya, bagaimana lagi dengan keutamaan solat Subuh itu sendiri ?

B. Rasulullah Tidak Pernah Meninggalkannya

Solat sunnah fajar inilah yang paling Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jaga, dikatakan pula oleh ' Aisyah,

أن النبى - صلى الله عليه وسلم - لم يكن على شىء من النوافل أشد معاهدة منه على ركعتين قبل الصبح

" Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah menjaga solat sunnah yang lebih daripada menjaga solat sunnah dua rakaat sebelum Subuh " ( HR. Muslim no. 724 ) .

Kerana begitu besar keutamaannya maka selayaknya kita selalu istiqomah dalam menjalankannya .....

*Diterjemahkan dari sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Selasa, 22 Oktober 2013

1 Dirham riba sama besar dosa 36 kali berzina

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 ) 

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1383553_452306961545608_1789732691_n.jpg

Nabi SAW bersabda : 

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

*sumber dari ustaznaim.blogspot.com 
dan Foto dari peribadirasulullah.wordpress.com

Unta Patahkan Rancangan Abu Jahal Untuk Bunuh Rasulullah S.A.W

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah s.a.w.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai." 

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah s.a.w menyebarkan agama Islam di kalangan mereka. 

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad s.a.w berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad s.a.w bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad s.a.w. 

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad s.a.w pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah s.a.w baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu. 

Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah s.a.w telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."

Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad s.a.w dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad s.a.w terbunuh, tercengang dan saling berpandangan. 

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.

Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?" 

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi s.a.w, tiba-tiba sahaja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah s.a.w pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah s.a.w. 

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku." 

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad s.a.w hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kami tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak." 

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

*Sumber dari nasronhashim.blogspot.com

Senin, 21 Oktober 2013

Cara mudah menghalau syaitan di Jamrah

http://images.alwatanvoice.com/news/images/3910010209.jpg

Syariat Allah SWT tidak boleh berdasarkan psikologi dan kajian manusia tetapi wajib mentaati Arahan Allah SWT 100%, hikmah dan fadhilat akan datang selepas ketaatan yang penuh Ikhlas kepada Allah SWT dilaksanakan.

تداول عدد من النشطاء عبر مواقع التواصل الاجتماعي “تويتر وفيسبوك” صورا غريبة  لحجاج بيت الله في طريقتهم الغريبة لرمي الجمرات.
ونشر النشطاء صورة لحاج ويمسك في يده “راجمة” معدة لاطلاق الحصى وقد اصطحبها معه ليرمي بها ابليس في ايام التشريق ظانا انه بهذه الآلة البسيطة المصنعة يدويا يستطيع ان يصيب ابليس.
وتساءل عدد من النشطاء عن عدم وجود واعظ او شيخ يدله على الطريق الصحيح خوفا من أن يؤذي الآخرين .
وتطرق ناشط الى أن “الراجمة” ترمي الحصى لمسافة بعيدة وقد تصيب حجاج آخرين في الوجه او العين او اي مكان مما يؤدي الى أذى من يصاب به .
كما رصد ناشطين آخرين صورة لرجل يظهر فيها وهو يهدد ابليس بالعصا ويتوعده.
وطالب “الفسبوكيين” ادارة الحج بزيادة نسبة الوعظ والارشار لحجاج بيت الله كي لا يستخدموا مثل هذه الادوات التي تسبب أذي للآخرين.

*sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Minggu, 20 Oktober 2013

Barakah Kambing

Tidaklah Allah Ta'ala syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya. 

Andai kata kambing termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.

Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:

اتخذوا الغنم فإن فيها بركة

" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).

Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak)

*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber


41 tanda dalam badan anda ada jin

Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.

Persamaan jin dengan orang gila

Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

*Sumber dari jalanakhirat.wordpress.com

Sabtu, 19 Oktober 2013

Abu Bakar Sahabat Yang Paling Dermawan

Sesungguhnya Abu Bakar radhiallahu ‘anh merupakan sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang paling banyak menderma dengan kerelaan hatinya dibandingkan dengan para sahabat selainnya. Beliau juga merupakan orang yang paling banyak membantu baginda dari segala sudut sehinggakan baginda menjadikannya teman setia serta saudara baginda berbanding para sahabat lainnya. 

‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kami bersedekah. Ini bertepatan dengan harta yang ada pada aku. Aku berkata: “Jika satu hari aku akan menang di atas Abu Bakar, maka hari inilah aku akan menang atas beliau.” Lalu aku datang dengan setengah harta aku, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga kamu ?” Aku menjawab: “Sepertiga.” Lalu datang pula Abu Bakar membawa seluruh harta yang ada padanya. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau ?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.” Berkata Umar: “Aku memang tidak akan menang di atas Abu Bakar sesuatupun selama-lamanya.”

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:

إِنَّ مِنْ أَمَنِّ النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبَا بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلاً غَيْرَ رَبِّي لاَتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الإِسْلاَمِ وَمَوَدَّتُهُ.

Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.

A’isyah radhiallahu ‘anha berkata bahawa Abu Bakar telah menginfakkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebanyak 40,000 dirham.[6] Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ.

Tidak ada harta yang bermanfaat kepada aku sebagaimana harta Abu Bakar telah memberi manfaat kepada aku.

*Sumber dari hafizfirdaus.com